Kataku Mungkin kerana Kita tidak seiringan lagi Walau tidak berjarak Mungkin waktu yang berbeda Hakikatnya Kita semakin tidak mesra lagi Katamu Walau kita tidak seiring Jarang bersama dan bersapaan Namun jauh disudut hati Kenangan bersama tetap tersemat Nun jauh disudut hati.
Berdiam
Bila terdapat pertelingkahan saya suka mengambil pendekatan berdiam dan berjarak. Duduk dihujung penjuru berdiam diantara jiwa dan ego. Ketika keduanya sedang bertikaian,mendekatkan diri Pencipta adalah solusi yang terbaik. Bila sendiri kita akan lebih banyak mengenal diri dan sedar diri.
Kecukupan
Allah memberikan kekayaan dan kecukupan. Saya yang sering berkira-kira dalam memberi sebelum ini, menunduk malu, saya malunya saya. Sepatutnya tidak perlu ada rasa gentar dan takut, kerna dia yang akan mencukupkan!
Bersyukur
Terima kasih yang Allah, atas rezeki dan nikmat yang telah engkau kurniakan.Malunya saya selama ini kerana sering berkeluh kesah, mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian saya. Alhamdulilah syukur atas segalanya.
Berat badan
Ia memakan masa yang panjang. Bertahun-tahun untuk menurunkan berat badan sehingga sampai ke tahap ideal. Ia bukan usaha yang mudah. Semuanya bermula dari diri sendiri. Nekad, usaha dan sabar. Insya allah berjaya. Kasihani badan kita, berusaha untuk sihat itu wajib.
Masih!
Gambar : Kredit PM Dr. M Sudut ini sungguh menarik hati saya. Koleksi bakul sia yang mengusik jiwa, ditambah lagi dengan sejambak bunga kering yang masih di letakkan di sudut itu. Ia bunga itu rapuh, sudah kering, dan boleh sahaja untuk di buang. Namun penghargaan dari penerima yang masih menyimpan, amat mengharukan. Kerna ia bukan…
Cahaya 114
Allahummarhamna bilquran Waj’alhu lana imamaw wa nuraw wa hudaw wa rahmah Tidak ku fahami atau hatiku telah terkunci Tanpa ku sadari ku makin jauh dari Ilahi Bicara bergaya tapi itu hanya sandiwara Tutur kata indah tapi itu hanya pura-pura Satu satu empat teman yang memberikan cahaya Mana al-Fatihah mana Yasin mana al-Waqi’ah Pilih kata hati…
Bukan Untuk Cepat Pandai
Selesai pengajian Al-Quran petang ustaz sempat berpesan, kita belajar Al-Quran jangan niat untuk cepat pandai. Nanti Allah bagi cepat pandai sahaja. Saya yang dungu ini, cepat sahaja menyoal semula. Habis tu ustaz kita hendak niat apa sebenarnya. Niat untuk mencari keredhaan Allah, kita kan hendak mencari keredhaan Allah, mudah-mudahan kita lebih merendah hati dan merendah…
Harta
Ya Allah sesungguhnya saya berlindung padamu dari ketamakkan harta benda ini. Jadikanlah saya orang yang bersyukur dan mudah berbahagi. Jangan uji saya dengan sifat tamak dan haloba, sesungguhnya apa telah engkau berikan pada saya adalah pemberian yang secukupnya.
Teh Tarik
Berpuluh tahun saya minum teh tarik, mana mungkin saya meninggalkan terus teh tarik satu ketika dahulu. Saya dan teh tarik berpisah tiada. Teh tarik dicari disaat melepaskan lelah, teh tarik juga dicari disaat berkongsi kegembiraan. Begitulah akrabnya teh tarik dengan saya. Namun semuanya berubah bila saya diserang Gerd, sakit misteri yang kononnya melanda diri. Perut…