Perjalanan EdD

July 1, 2020 0

2018: Mendaftarkan diri untuk program EdD. Sekadar mencabar diri. Mampukan aku? Bila lulus dengan gred A bagi subjek Current Trends in Higher Education, baru rasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan EdD. Lagi satu aku dah tak ada geng untuk minum kopi petang-petang. Bosan! Jadi sambung belajar sebagai satu terapi. Uh…dah tua-tua pun masih nak ada kawan…

By Liza

Ramadan 22

May 15, 2020 Off

Ramadan kali ini tidak sama dengan ramadan sebelum ini. Seluruh dunia diduga dengan virus Corona Covid-19. Semoga Allah merahmati kita. Ya Allah kau hapuskanlah virus Covid-19 yang mengancam nyawa ini. Amin, yarabbal alamin.

By Liza

Pelajar Separuh Masa 1

May 10, 2020 Off

Aku menyambung pelajaran bermula pada tahun 2008 setelah aku berpindah ke sebuah ILKA di Melaka. Aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat Rangkaian. Pada waktu itu aku hanya memikiran keperluan pengajaran dan pembelajaran saja. Soal kenaikan pangkat aku letak nombor dua. Aku memerlukan ilmu yang aku pelajari secara formal bagi memastikan aku…

By Liza

Ramadan

May 9, 2020 Off

Ramadan sudah berada dipertengahan, aku masih lagi begitu. Ya, Allah mohon ku ini bukan ramadan yang terakhir buatku. Semoga ada lagi ramadan untukku selepas ini. Yang paling sukar sekali adalah istiqomah..ya.. aku sering meluahkan keresahanku kepada sis M, bahawa istiqomah itu sungguh mencabar. Saudara pula bagaimana?

By Liza

Perintah Kawalan Terhad

March 16, 2020 Off

Demi keselamatan rakyat bagi mengurangkan penyebaran covid-19, kawalan terhad bermula 18-31 Mac 2020. Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami dari wabak. Ya Allah hanya kepadamu kami bergantung. Amin

By Liza

March 6, 2020 Off

Saya mengikuti Bengkel Travelog 2019 yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Saya datang dengan gelas kosong. Memang sudah lama saya ingin mengikuti kelas beliau, baru kali ini berkesempatan. Kelas yang santai tapi padat dengan teknik penulisan travelog. Mudah-mudahan akan ada karangan saya yang berkaitan dengan travelog. Pandan basah, belulang basah, Mengkuang belum dijalin lagi Berjalan…

By Liza

Tahun Lompat

February 29, 2020 Off

Empat tahun sekali kita akan jumpa tahun lompat jika panjang umur. Tahun lompat 29/2/2020 melakar sejarah bila akhirnya negara mendapat PM ke 8 yang baharu. Selama 7 hari Malaysia tidak mempunyai kerajaan tetapi Malaysia tetap aman. Itulah kelebihan Raja Berpelembagaan.

By Liza

2020

January 6, 2020 Off

6 hari berlalu. Tiada azam baru. Hanya mahu menjadi lebih baik dari semalam. Mudah-mudahan rumah saya ini tidak bersawang lagi. Saya akan cuba menulis di sini selalu. Berlatih untuk menulis, menulis yang baik-baik secara tidak langsung membantu penulis membaiki diri. Jika tidak nanti akan dikatakan cakap tidak serupa bikin.

By Liza

Perjalanan Rohani

September 4, 2019 Off

Saya bersyukur perjalanan kali ini menemukan saya dengan sahabat baharu yang menuntun. Kami berdiskusi tentang pelbagai perkara, tentang emosi , agama, egoan, mualamat dan pelbagai isu. Begitulah seharusnya seorang pensyarah dakwah, menyantuni semua orang tanpa prejudis.

By Liza