Ia bukan, bukan dunia saya, tapi bila terjebak ke dunia ini saya teruja. Ranau projek yang pertama, bersama dengan mereka yang asing sekali, terasa saya yang paling kerdil antara mereka..mereka orang-orang besar…manakan sama dengan saya yang murba ini. Saya niatkan lillahitaala untuk projek besar ini. Semoga Allah pemudahkan, dan dia sebaik-baik perancang. Amin
Month: June 2018
Lakukan Untuk Kita
Dalam apa yang kita lakukan, kita tidak boleh lakukan kerna orang lain. Tidak semua perkara yang kita lakukan, kita perlukan orang lain disisi. Sebagai contoh, jika kita sambung belajar kerana mengikut kawan, bila kawan kita tiada, atau berhenti ditengah jalan, kita juga akan berhenti ditengah jalan. Ramai yang terkandas kerana ikut-ikutan. Lakukan sesuatu kerna kita…
Acheh
Kata beliau ini rumah anak-anak yatim yang sedang di bina di Acheh. Ini asbab persahabatan terjalin. Ini juga asbab perubahan dalam diri, yang menjentik rasa. Ia…ia menusuk disudut hati yang paling dalam. Memberi itu jika sebelum ini, hanya sekadar memberi, tetapi kali ini memberi dengan penuh rasa kasih dan cinta memberi sentuhan yang berlainan sekali….
Istiqomah
Istiqomah itu mencabar sekali! Jangan kau pesongkan hati ku, setelah kau tunjukkan aku jalan yang lurus. Allah ya Allah
Tetap Orang Kecil
Tetap orang kecil, bagai debu yang berterbangan. Ramadhan yang berlalu,Syawal yang menyusul dan bakal meninggalkan bagai angin yang meneruskan perjalanan. Tinggallah kita untuk mena’akul setiap penjuru yang telah dikunjungi.
Salam Aidilfitri
Saya ingin mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” . “Maaf Zahir & Batin”. Ikhlas:- *Norliza & Keluarga*
Ramadhan 24
Sahabat saya ini semakin mahu meninggalkan saya jauh. Sungguh ia amat mencengkam jiwa saya. Saya jarang berperasaan begini. Selalunya saya sekadar biasa-biasa sahaja, membiarkan dia datang dan pergi begitu sahaja. Berlainan sekali buat kali ini. Mohon saya, jangan tinggalkan saya begitu sahaja….biar ada yang berbekas walaupun sedikit. Allah…Allah…
Motivasi
Saya: Dr. Saya memperjuangkannya sendirian. Saya terpaksa mencari sokongan dari mereka yang jauh. Dr. M: Liza awak tidak sendirian sebenarnya. Awak tidak duduk di dalam level yang sepatutnya dengan awak. Frankly speaking level awak sudah berada pada level pemikir. Awak berada pada tempat yang tidak sepatutnya. Kalau saya ada kuasa saya ambil awak berkhidmat di…
Sahabat
Semuanya bermula dengan niat untuk berbahagi dengan kanak-kanak di Acheh. Menghubungi dia untuk menyumbangkan sumbangan yang tidak seberapa. Mudahan-mudahan diterima Allah. Dengan muka tidak malu terus berhubungan, agar siratulrahim tidak terputus. Saya mengikuti setiap penulisannya, pasti diselitkan dengan ayat-ayat Allah yang sangat signifikan. Saya sangat terkesan, jiwa saya bergetar. Saya mengaguminya dengan menjadikan Al-Quran sebagai sahabatnya….