Ramadhan 3

May 19, 2018 Off By Liza

 

Saya berpagi-pagian hari ini, ada seminar tentang Current Trends in Higher Education. Kebetulan Menteri Pendidikan baharu sahaja dilantik, semoga tiada perubahan drastik yang hanya akan menyusahkan semua pihak. Penambahbaikan pada sistem pendidikan perlu ada agar kita melahirkan insan yang harmoni dan seimbang. Bukan hanya bijak tapi beradab dan bertamadun.