2018: Mendaftarkan diri untuk program EdD. Sekadar mencabar diri. Mampukan aku? Bila lulus dengan gred A bagi subjek Current Trends in Higher Education, baru rasa bersemangat untuk meneruskan perjalanan EdD. Lagi satu aku dah tak ada geng untuk minum kopi petang-petang. Bosan! Jadi sambung belajar sebagai satu terapi. Uh…dah tua-tua pun masih nak ada kawan mengopi.
2019: Aku belajar sendiri. Tiada buddy seperti buat Master in Networking dulu. Alhamdulilah selesai untuk tahun 2019.
2020: Tahun yang mencabar. Pandemik Covid-19 menular keseluruh dunia.Kuliah dibatalkan diganti dengan kelas online. Alhamdulilah asbab pkp CGPA dapat dikekalkan 3.53 pointer.
Julai 2020: Tinggal dua subjekt terakhir untuk diselesaikan. Namun pembelajaran secara dalam talian tidak sesuai dengan jiwaku. Aduhai sedangkan aku sendiri cikgu IT…permudahkanlah Ya Allah.
September 2020-Januari 2020 – Proposal + Report Writing + Doctoral Concept Paper