Pelajar Separuh Masa 1

Aku menyambung pelajaran bermula pada tahun 2008 setelah aku berpindah ke sebuah ILKA di Melaka. Aku mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam bidang Teknologi Maklumat Rangkaian. Pada waktu itu aku hanya memikiran keperluan pengajaran dan pembelajaran saja. Soal kenaikan pangkat aku letak nombor dua. Aku memerlukan ilmu yang aku pelajari secara formal bagi memastikan aku sendiri memahami apa yang aku ajar.

Dengan kelulusan diploma kejuruteraan elektronik (komputer), aku merasakan aku masih tidak cukup ilmu untuk mengajar mereka. Pengetahuanku tentang rangkaian bersifat asas dan pertengahan saya. Dan aku berpendapat aku memerlukan ilmu dalam tersebut supaya aku dapat mengeluarkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran.

Sebagai pelajar separuh masa yang menggunakan duit sendiri, memanglah agak sedikit perit. Banyak dugaan yang hadir, masalah keluarga,masalah di tempat kerja semuanya menguji kesabaran.

Akhirnya dengan sedikit kekuatan yang dipinjamkan oleh Allah aku berjaya bergraduat pada tahun 2012. Alhamdulilah, ijazah yang diidamkan berjaya berada dalam gengaman….