Saya mengikuti Bengkel Travelog 2019 yang dikendalikan oleh Puan Nisah Haron. Saya datang dengan gelas kosong. Memang sudah lama saya ingin mengikuti kelas beliau, baru kali ini berkesempatan. Kelas yang santai tapi padat dengan teknik penulisan travelog. Mudah-mudahan akan ada karangan saya yang berkaitan dengan travelog.
Pandan basah, belulang basah,
Mengkuang belum dijalin lagi
Berjalan sudah, pulang pun sudah,
Mengarang sahaja belum lagi
(Nisah Haron)