Teh Tarik

Berpuluh tahun saya minum teh tarik, mana mungkin saya meninggalkan terus teh tarik satu ketika dahulu. Saya dan teh tarik berpisah tiada. Teh tarik dicari disaat melepaskan lelah, teh tarik juga dicari disaat berkongsi kegembiraan. Begitulah akrabnya teh tarik dengan saya.

Namun semuanya berubah bila saya diserang Gerd, sakit misteri yang kononnya melanda diri. Perut dan sekali gus jiwa kacau. Doktor melarang saya mengambil teh tarik jika mahu sembuh dengan cepat. Disamping itu saya juga dalam proses menurunkan berat badan, mengurangkan teh tarik merupakan satu bonus.

Bukan mudah untuk berpisah dengan teh tarik, semuanya saya mulakan dengan mengurangkannya selang sehari, semuanya kurang manis, kemudian selang tiga kali dan akhirnya seminggu sekali. Alhamdulilah berkat istiqamah saya sudah boleh berhenti dari mengambil teh tarik. Tetapi kadang-kadang saya ambil juga bila rindu! Bila resah!ialah mana tahan weiii bila melihat teman rapat menghirup buihnya mengoda.

 

About The Author