Tanpa Tajuk

Raya sudah sampai ke penghujungnya. Raya kali ini sama seperti dulu-dulu. Menghadiri majlis rumah terbuka.Bila banyak rumah terbuka, maka banyaklah makalah makanan yang diisi ke perut.  Semuanya perlu di kawal, terutamanya orang yang prehypertension macam aku.

Sebenarnya bulan ni memang bulan yang sibuk tahap zirafah. Banyak assigment yang perlu di siapkan dan dihantar. Semalam baru sahaja menghantar tugasan yang terakhir. Lega kepala otak aku. Nasib baik dapat pensyarah yang ok. Dimana assigment di hantar di depan 7-11 sahaja. (Hehehe..tq en. hensem!).

Walau macamana pun di institut banyak tugas yang menanti. Date line untuk menghabiskan semua duty dan task perlu di lakukan sebelum hujung bulan ini. Lepas ni penumpuan aku hanya pada tugas-tugas pengurusan. Namum yang peliknya budak-budak ni, bila kita berusaha untuk menyiapkan tugasan secepat mungkin, time  tulah dia nak main-main. Tapi kali ini, nampaknya aku perlu bertegas. Date line perlu di kejar. Masih ada 1 kelas lagi yang sangkut.

About The Author