Surat Untuk Alang

Assalamualikum.

Alang,

Dan banyak dugaan yang Allah berikan pada kau sejak kau tidak balik ke tanah pusaka kita. Sejak kau melawan cakap mak, sejak kau merajuk dengan mak. Dah hampir 8 tahun kau tidak beraya bersama kami, 8 tahun jugak kau tidak mengucup tangan mak. Kau tidak mahu mengaku kesalahan yang kau lakukan, malah kau jadikan kami musuh bila kami menegur kesalahan kau.

Aku masih ingat lagi, pada malam itu, kalu bersumpah dengan Al-quran, bahawa apa yang berlaku tu adalah fitnah, astafirullah..aku mengucap panjang..kerana kau terlalu berani..tidak takut ker engkau dengan balasan tuhan seandainya sumpah engkau tu palsu.

Selepas tu kau langsung tidak balik ke rumah mak, kau langsung tidak menghubungi mak..kau terlalu pandai bersandiwara dihadapan orang ramai, bila kau berjumpa mak di luar, dikenduri kendara dihadapan orang ramai, kau akan bersalaman dengan mak, akan memeluk mak. Namun untuk pulang ke rumah tidak sekali. Apatah lagi memohon kemaafkan pada mak.

Aku sudah cuba untuk menjernihkan keadaaan, aku jemput kau datang dihari pertunangan aku, kau memberi alasan sibuk dan tander kenderaan. Tapi aku cakap dgn kau, kalau kau betul2 nak balik aku akan ambil kau.

Alang,

Insaflah alang…sampai bila kau nak ego, kat dunia lagi allah dah tunjukkan pada kau. Anak kau lari berkahwin ke Indonesia¬† setahun selepas kau melawan mak. Kemarin kau kehilangan anak lelaki bongsu kau dalam kemalangan jalan raya. Kami semua sedih di atas apa yang telah berlaku. Dan kami benar-benar berharap apa yang berlaku tu akan kau jadikan iktibar. Muhasabah diri, cari kesilapan diri dan jangan lupa memohon keampunan pada mak. Kau carilah peluang masa mak masih hidup.

Alang,

Along cakap, kalaulah sehari dua ini umur mak pendek, kami takkan benarkan kau masuk rumah untuk melihat mak. Cukuplah kau berada di pintu gate sahaja. Kerana yang mati itu bukannya mak kau. Kalau dia mak kau, kau takkan buat dia macam ni. Tak perlu kau nak menangis-nangis…semuanya sudah terlambat.

About The Author