Selamat Hari Raya

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua yang singgah disini. Maaf zahir batin sekiranya terdapat kata-kata yang ada didalam blog ini yang menyingung perasaan. Tiada persiapan yang luar biasa untuk hari raya ini. Membeli sepasang baju raya dan sepasang baju kebaya nyonya buat bonda. Kuih raya pun saya tak beli, nasib baik ada abang yang membeli. Kalau tidak, memang tidak ada langsung. Terpaksa jaga budget kerana sekarang ini terpaksa berulang-alik dari rumah ke tempat kerja. Maka kos semakin bertambah. Kalau di Bandar M dulu, tinggal di kuartes, berjalan kaki ke pejabat pun sampai. Tapi kini terpaksalah memandu sejauh 47km sehala. Tetapi demi untuk ibu tercinta, dipaksakan juga diri untuk berulang alik. Selagi usia dikandung badan,tidak mengapa rasanya berbanti untuk bonda.

Akhir kata selamat hari raya, ampun maaf di pinta. Moga raya ini bukannya raya terakhir untuk kita.

Amin

About The Author