Ramadhan 2

Dalam usia yang sedikit ini, saya mengenang betapa lalainya saya selama ini. Biarlah Ramadhan ini menjadi titik tolak kepada sesuatu yang lebih baik. Biar bermula dengan sebaris dua ayat setiap hari, akan saya cuba memahami terjemahan setiap baris.

Semuanya bermula dengan kujungan saya ke rumah ini .  

Rupanya kunjungan saya ke rumah itu bukan sekadar kujungan biasa. Setiap kali berkunjung ia sebenarnya menjentik hati kecil saya. Asalnya hanya kerana meminati penulisnya yang telah dikenali namanya sejak dibangku sekolah. Tapi bila diulang baca, banyak maksud yang tersirat. Walaupun itu tentang dia!

Terima kasih, kerana membuka lembaran baru dalam kehidupan saya!

About The Author