Pantun Ciptaan Mak

Mak jarang membuaikan cucu, tapi semalam dia membuaikan baby. Mak mendodoikan baby dengan pantun apabila baby tak nak tidur. Aku tak penah dengar mak berpantun , tapi semalam terasa seronok bila mak melagukan pantun-pantunnya. Cukup indah bila ia alunkan dengan rentak yang  tersendiri. Di bawah ini adalah pantun-pantun tersebut.Tersenyum simpul aku mendengarnya:-)

Pajak dari seremban

Batu kikir jambatan besi

Anak ajak hati segan

Pikir-pikir dalam hati

Putik pauh delima batu

Anak sembilang ditapak tangan

Abang jauh di negeri satu

Hilang dimata di hati jangan

Dua tiga menebang sagu

Sebatang tidak yang mahu rebah

Dua tiga cik abang lalu

Seorang pun tidak yang mahu singgah

Keras benar ribut malam ini

Patah merkah dahan bidara

Keras benar rindu ku malam ini

Basah bantal dek air mata

Anak itik tersudu-sudu

Sudu bawah mengkuang

Adik cantik cari yang judu

Orang yang buruk biarlah terbuang

Mentadak mentadu hijau

Buat sarang dalam keladi

Gemuk pandak berbaju hijau

Kau tak nampak ker dia lalu tadi

Johor baru kereta pun baru

Baru sekali masuk Melaka

Abang baru, adik pun baru

Baru sekali kita berjumpa.

About The Author