Musim Angin Telah Bermula (Betaro)

Musim angin atau pun betaro dalam loghat Rembau selalunya bermula pada bulan December setiap tahun. Tapi sekarang dengan keadaan cuaca global yang telah berubah, ianya bermula lewat sedikit. Pada tahun ini betaro bermula pada awal bulan Januari.
Dulu pada musim ini selalunya adalah musim orang menuai padi dan juga mengangin padi. Mengangin padi adalah satu proses di mana padi diasingkan dari antahnya sebelum di tumbuk atau pun di mesin menjadi beras. Pada musim angin ini juga selalunya aktiviti membuat emping di lakukan. Sebagai generasi yang tak beberapa baru aku sempat menempuh zaman-zaman itu. Tapi ingat-ingat lupa. Sebagai kanak-kanak yang berumur lebih kurang 6@7 tahun pada ketika itu aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan sebaya adalah bermain layang-layang. Kebanyakkan rakan-rakan ku adalah budak-budak lelaki. Jadi aku mengambil kesempatan supaya mereka membuatkan layang-layang untuk ku juga. Seronok sungguh ketika itu bermain layang-layang sambil menikmati kedinginan angin yang bertiup. Terasa pada masa tu macam boleh terbang jer…I believe i can fly…:-P
Walaupun musim angin ini satu musim yang menyeronokkan tapi bagi penoreh getah ia merupakan musim yang membawa kesuraman pada mereka. Apa tidaknya, pada musim ini daun-daun getah mula berguguran. Bila daun-daun getah sudah luruh susu getah semakin berkurangan.Berkurangnya susu getah maka kuranglah pendapatan mereka. Tambahan pula dengan harga getah yang merudum sekarang ini.
Namun aku memang suka musim betaro ini, sebabnya terasa macam duduk kat oversea. Ahaks…terasa kedingan pagi dan malam umpama musim luruh di kota london….hahahha….nak mandi pagi pun takut…memandangkan sekarang ni adalah musim betaro setiap pagi aku akan mandi air panas…grrrrrrr…..sejuk seh..Jadi sesiapa yang teringin untuk menikmati musim betaro ni, bolehlah datang ke Luak Rembau pada masa ini. Musim ini selalunya akan berakhir pada akhir Februari.

About The Author