Menjelang Hari Raya

Tidak lama lagi kita semua akan menyambut hari raya. Sehingga ketika ini masih belum ada membeli baju raya. Mood beraya tidak ada pada tahun ini. Mungkin di sebabkan oleh beberapa kes yang tidak mengembirakan sejak akhir-akhir ini. Mungkin jugak kerana sudah berpindah hampir dengan kampung, jadi mood untuk beraya itu menjadi kurang. Kalau dulu ketika berada di Mersing lagu-lagu raya yang berkumandang seolah-olah mengamit kepulangan di kampung halaman.

Walau apa pun di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua sahabat-sahabat yang berkunjung di sini. Maaf zahir batin sekiranya ada tulisan-tulisan yang berada di sini menyingung perasaan mana-mana pihak.

Berhati-hati ketika memandu dan kalau ada duit raya lebih..huluqlah pada mak cik di sini..ahaksss :-D. Dan jemputlah datang kerumah aku pada sesiapa yang tahu rumah aku di planet mana..ahaksss.

Sekian..terima kasih 😛

About The Author