Kau Yang Tak Mengerti

Tiada penjelasan yang harus di jelaskan. Kalaulah sign di google talk itu membuatkan kau terasa sebenarnya kau seorang yang perasan. Aku tak maksudkan kau, dan bukan kau seorang sahaja teman aku. Sign itu tak ada kena mengena dengan kau. Kalau ianya membuatkan kau terasa itu hanyalah secara kebetulan sahaja.

Setiap apa yang pernah aku luahkan pada kau, adalah apa yang aku rasa. Kalau kau mengganggap semuanya tiada maknanya, apa yang boleh aku buat. Kalau semuanya kau kata abaikan sahaja, maknanya tiada ertinya apa yang berlaku selama ni.

Kau sebenarnya terlalu mudah terasa, terlalu sensitif dalam melalui perjalanan hidup ini. Kita hidup bermasyarakat. Perlu bijak untuk mentafsir yang mana satu dikatakan busy body dan yang mana satu dikatakan sokongan. Jangan terlalu mudah menganggap setiap perkara itu tidak perlu dikongsi..ada ketikanya kita perlu berkongsi untuk meminta pandangan dan pendapat orang lain. Jangan terlalu menganggap kita boleh lalui kehidupan ini keseorangan.

About The Author