Kakitangan Awam Naik Gaji

Hari ni Pak Lah mengumumkan kenaikan gaji untuk kakitangan awam. Syukur alhamdulilah…aku memang bersyukur sangatlah dengan kenaikan ini. Walaupun gaji aku selama ni cukup..tapi memang ngam2 jer sampai cukup bulan. Bila gaji naik ni, niat aku nak menyimpan,nak kasi duit kat mak lebih sikit. Aku tak pikir dah nak tukar kete,dulu masa aku naik pangkat aku tukar kete, maklumlah aku kena tranfer ke hulu mersing, takkan aku nak pakai kancil n*c553* aku tu, sebab jauh sangat dan terpaksa drive 4 hour untuk balik kampung. Tadi dah ada staff aku bakar aku, tak nak tukar kete ker..aku cakap tak nak..aku nak simpan duit tu.

So aku nak nasihatkan kakitangan awam supaya mengunakan duit kenaikkan ini dengan berhemat. Jangan menambah hutang yang sedia ada, jangan terlalu material sangat, terutama yang melayu ni.Kalau sebelum ni kita cukup dengan gaji yang sedia ada kenapa nak berbelanja lebih. Kalau nak ikutkan nafsu memang tak terikut, aku jugak teringin nak pakai Honda, Toyata wish..tapi buat masa ni cukupalah dengan gen2 black tu.

So gunakan duit kenaikkan dengan cara yang berfaedah, buat tabungan, beli unit trust, atau pun sekurang-kurangnya bayar kad hutang yang cekik darah tu.

Oleh itu dengan kenaikan ini, marilah sama-sama kita meningkatkan mutu kerja kita, muhasabah diri, semoga rezeki yang kita terima itu bertambah berkat. Amin

About The Author