Hiking

Hiking selama ini merupakan aktiviti yang aku hanya pandang sepi bukan kerana tidak minat, tetapi lebih kepada tidak yakin pada keupayaan diri. Bolehkah seusia aku ini mendaki lagi? Mampukah?

Dengan keyakinan yang diberikan oleh seorang kawan yang beria-ia mahukan aku mendaki sama dan sanggup menunggu jika aku lambat akhirnya misi pertama berjaya. Iaitu Bukit Batu Putih. Iya.. mungkin bagi orang lain tidak mencabar, tapi bagi aku tetap mengah.

Kini hiking menjadi aktiviti rutin,sekurang-kurangnya sebulan sekali tetap mahu mendaki. Tujuan utama adalah riadah. Ia untuk riadah.

Bagi yang mahu mencuba aktiviti ini, pastikan anda bermula dengan jogging terlebih dahulu, kemudian baru naik bukit yang rendah- rendah sebelum terus mendaki gunung. Yakin boleh dan pastikan mendapatkan nasihat Dr jika tidak sihat.

Kepayang Hills penutup untuk bulan ramadhan. Insya Allah mendaki lagi selepas raya!

 

About The Author