Perjalanan

Sudah jauh saya berjalan, ranjau dan duri telah saya lalui. Jatuh tersungkur, bangun dan berlari semula. Setiap lorong yang dilalui ada kekuatannya. Yang pasti ia perlu dilalui hingga sampai ke penghujungnya.  

Merendah Hati

Melatih diri untuk merendah hati memerlukan masa. Mana mungkin untuk kita berubah sekelip mata. Yang penting lembutkan jiwa agar tidak sekeras batu. Semoga kita dijauhi sifat riak dan besar hati

Impian

Setiap dari kita mempunyai impian ingin bahagia. Hanya doa yang mampu dipohon agar bahagia milik kita. Selebihnya berserah sahajalah pada yang Esa.

Kedai online @ e-shop StormReaders

Untuk makluman para pembaca yang ingin mendapatkan buku-buku ilmiah daripada telaga biru kini boleh mendapatkanya dari kedai online StormReaders.Ini merupakan salah satu cara yang memudahkan anda untuk membuat pembelian buku-buku telaga biru yang kadang-kala kehabisan di pasaran. Selain daripada itu … Continue reading “Kedai online @ e-shop StormReaders”