Doa

Saya berdoa bersungguh-sungguh agar Allah mengasihani Mak yang kurang sihat, agar Allah memberikan kesihatan yang baik dan umur yang berkat pada Mak. Ya Allah izinkan saya menyertai Misi yang saya tunggu-tunggu ini, kasihanilah Mak, sembuhkanlah Mak. Berikan kesihatan yang baik … Continue reading “Doa”

Berdiam

  Seharian saya memilih untuk berdiam, bukan kerana apa-apa, kerana saya harus bersedia untuk melepaskan, meleraikan tambatan ini. Perlahan-lahan agar saya tidak akan merasakan kehilangan bila tiba saatnya nanti. Secawan koko panas sudah pasti peneman yang terbaik di ketika ini. … Continue reading “Berdiam”

Berdiam

Bila terdapat pertelingkahan saya suka mengambil pendekatan berdiam dan berjarak. Duduk dihujung penjuru berdiam diantara jiwa dan ego. Ketika keduanya sedang bertikaian,mendekatkan diri Pencipta adalah solusi yang terbaik. Bila sendiri kita akan lebih banyak mengenal diri dan sedar diri.

Bersyukur

Terima kasih yang Allah, atas rezeki dan nikmat yang telah engkau kurniakan.Malunya saya selama ini kerana sering berkeluh kesah, mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian saya. Alhamdulilah syukur atas segalanya.

Istiqomah

    Istiqomah itu mencabar sekali! Jangan kau pesongkan hati ku, setelah kau tunjukkan aku jalan yang lurus. Allah ya Allah

Kabut

Hari ini hati saya sama seperti kabut itu. Geramnya saya bila keadaan yang selalu tidak memihak. Mahu marah tapi pada siapa.