Berdiam

Bila terdapat pertelingkahan saya suka mengambil pendekatan berdiam dan berjarak. Duduk dihujung penjuru berdiam diantara jiwa dan ego. Ketika keduanya sedang bertikaian,mendekatkan diri Pencipta adalah solusi yang terbaik. Bila sendiri kita akan lebih banyak mengenal diri dan sedar diri.

Bersyukur

Terima kasih yang Allah, atas rezeki dan nikmat yang telah engkau kurniakan.Malunya saya selama ini kerana sering berkeluh kesah, mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian saya. Alhamdulilah syukur atas segalanya.