Bukan Untuk Cepat Pandai

Selesai pengajian Al-Quran petang ustaz sempat berpesan, kita belajar Al-Quran jangan niat untuk cepat pandai. Nanti Allah bagi cepat pandai sahaja. Saya yang dungu ini, cepat sahaja menyoal semula. Habis tu ustaz kita hendak niat apa sebenarnya. Niat untuk mencari keredhaan Allah, kita kan hendak mencari keredhaan Allah, mudah-mudahan kita lebih merendah hati dan merendah diri. Allah…ya Allah.. ustaz, itulah yang dicari, keredhaan dan merendah hati. Betul ustaz…mudah-mudahan Allah redha dan saya boleh membaca dengan baik, dan istiqomah. Aminn Allahumma..Amin.

About The Author

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *