Sekarang ni majoriti pekerja gomen telah mendapat gaji yang di tunggu-tunggu. Maklumlah dah hampir 6 minggu tidak dapat apa-apa income. Inilah masa yang ditunggu-tunggu. Sekiranya anda serius untuk menuju ke arah kebebasan kewangan inilah langkah pertama yang harus anda buat. Nak tahu apa dia? BAYAR DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU!!
Selama ini mungkin anda akan membayar segala hutang-hutang anda di pelbagai bank,(heheh maklumlah..hutang kete, kad kreditnya, along(akak aku ler :-)). Tapi bermula dari sekarang anda perlu membayar diri anda terlebih dahulu. Bayarlah diri anda sekurang-kurangnya 10% dari gaji anda . Hargailah diri kita sendiri kerana badan dan otak kita penat bekerja untuk mencari wang. Jadi seharusnya kita membayar diri kita terlebih dahulu. Kemudian barulah difikirkan budjet-budjet yang lain. Hati pun tak susah lagi sebab dah saving awal2. Berbelanjalah secara berhemah.
So cubalah dari sekarang, kalau dulu saving pun takder..cuba tengok berkembangan untuk 5 bulan, kalau gaji 2000, simpan sebulan 200 (10% dari gaji) 5 bulan dah ada 1000. saper nak kasi? :-P..so jadikan motivasi untuk diri anda. Mula-mula memang susah…tapi lama kelamaan anda akan merasa kepuasannya.
Selamat Mencuba.