Unit Trust

Unit amanah
Unit amanah dibentuk menjadi pelaburan paling diminati. Mengapa? Biasanya jawapan pelabur adalah untuk mencapai kepelbagaian, justeru dapat mengurangkan risiko, dengan jumlah dana yang kecil. Ia juga mengenai perlunya mendapat perkhidmatan daripada golongan profesional yang berkemahiran untuk mengurus wang anda. Ketahui lebih lanjut tentang unit amanah dalam:

Apakah Unit Amanah
Jenis-jenis Unit Amanah
Kelebihan dan Kekurangan Unit Amanah
Perkara Bijak yang Perlu Diketahui Mengenai Unit Amanah

Dunia Luas Unit AmanahApakah unit amanah?
Unit amanah semakin popular beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana unit amanah merupakan jalan bagi pelabur kecil untuk meluaskan kepelbagaian pelaburan tanpa perlu had jumlah wang yang dilaburkan. Manfaatnya pula bukan setakat itu sahaja.

Tetapi, apakah unit amanah? Unit amanah merupakan skim pelaburan yang mengumpulkan wang daripada ramai pelabur yang berkongsi matlamat kewangan yang sama. Sebagai pertukaran kepada wang itu, dana menerbitkan unit kepada pelabur yang dikenali sebagai pemegang unit. Pemegang unit boleh menjual semula (iaitu menebus) unit mereka kepada dana, atau membeli (dan menjual) unit seterusnya.

Pengurusan dana
Dana diurus oleh sekumpulan pengurus profesional (dikenali sebagai syarikat unit amanah) yang akan melabur wang yang terkumpul dalam portfolio sekuriti seperti saham, bon dan instrumen pasaran wang atau lain-lain sekuriti yang dibenarkan untuk mencapai objektif dana. Disebabkan jumlah besar wang terkumpul, pengurus dana boleh mempelbagaikan pelaburan dan ini boleh meminimumkan risiko pelaburan.

Pendapatan
Jumlah aset dana menentukan nilai dana dan harga dibayar oleh pemegang unit atau jumlah yang diterima apabila mereka menebus unit. Dana unit amanah memperoleh pendapatan daripada pelbagai pelaburan dalam bentuk dividen, pendapatan faedah dan perolehan modal. Pendapatan ini kemudian diagihkan kepada pemegang saham mengikut nisbah pegangan unit mereka, dalam bentuk dividen atau unit bonus.

Perlindungan untuk pemegang unit
Sebagai pemegang unit, perlindungan anda dalam unit amanah dipastikan melalui cara unit amanah itu dibentuk. Unit amanah sebenarnya satu amanah. Perlindungan terkandung dalam surat ikatan yang menyatakan kewajipan, tanggungjawab dan jangkaan tiga pihak dalam unit amanah iaitu:

Pemegang unit amanah yang memperuntukkan dana untuk pelaburan;
Syarikat unit amanah yang menyediakan pelaburan, perkhidmatan pentadbiran dan pemasaran; dan
Syarikat pemegang amanah yang memegang aset amanah bagi pihak pemegang unit.

Ada tiga sumber maklumat yang perlu anda kaji apabila memilih dana. Sumber tersebut ialah prospektus dana, surat ikatan amanah dan penyata kewangan yang mengandungi laporan tahunan dan interim yang boleh didapati secara percuma untuk semakan di premis pengurus dana.

Baca prospectus
Prospektus merupakan dokumen yang amat penting kerana ia membentangkan matlamat dana, strategi perlaburan dan polisi serta kedudukan ganjaran dan risiko yang diambil. Ia mungkin bahan bacaan yang penuh dengan istilah perundangan, tetapi anda perlu membaca dengan teliti untuk memastikan bahawa matlamat anda sama dengan dana tersebut. Akaun kewangan akan menunjukkan jika dana masih mengikut perancangan dan bagaimana pencapaiannya dalam perancangan tersebut. Bagaimanapun sebagai pelabur, anda perlu mempertimbangkan faktor berikut ketika memilih dana:

Objektif pelaburan – ia perlu dinyatakan dengan jelas, jika tidak pengurus dana berpeluang untuk tidak melaksanakan apa yang anda kehendaki ketika memilih dana tersebut.
Polisi pelaburan – jenis pelaburan dan strategi yang dibenarkan perlulah sama dengan yang anda yakini.
Saiz dana dan aliran pertumbuhan.
Sebarang sekatan pelaburan, seperti pelaburan minimum dikehendaki.
Tahap risiko pelaburannya – unit amanah tidak terlepas daripada risiko sepenuhnya.
Jenis dan jumlah yuran – fahami supaya anda tidak terkejut.
Prestasi lepas jumlah pulangan tahunan, NAV (nilai aset bersih, iaitu nilai bagi setiap unit), nisbah belanja, dan terutama pembahagian pendapatan kepada pelabur, dan pertumbuhan aset – supaya anda boleh mengukur prestasi dana selama ini.
Portfolio pelaburan terkini – supaya anda tahu peratusan pegangan bagi setiap jenis aset.
Maklumat berkenaan Lembaga Pengarah dan kumpulan pengurusan utama (terutamanya pengurus dana, juruaudit dan pemegang amanah).

Jenis Unit Amanah

Unit amanah dianggap sebagai instrumen yang baik untuk perancangan kewangan jangka sederhana hingga jangka panjang. Walau bagaimanapun, amat penting anda memilih dana yang sesuai, berdasarkan profil risiko dan objektif pelaburan anda. Berikut ialah senarai jenis unit amanah yang terdapat di pasaran:

Dana pendapatan: Melabur dalam sekuriti pendapatan tetap dan saham yang menghasilkan dividen yang besar dengan harapan akan membayar sebahagian besar daripada pulangan. Sesuai untuk pelabur yang mencari pendapatan dan sedikit pertumbuhan dengan risiko yang rendah.

Dana pertumbuhan modal: Melabur terutama sekali dalam saham dengan harapan akan memaksimumkan pertumbuhan modal dalam jangka masa panjang (iaitu melalui harga unit yang lebih tinggi). Paling diminati oleh pelabur yang suka kepada risiko tinggi dan berminat terhadap pengumpulan modal.

Dana pertumbuhan agresif: Sama dengan dana pertumbuhan modal tetapi pelaburan dibuat dalam saham agresif yang menjanjikan pulangan tinggi dengan risiko yang lebih tinggi. Sesuai untuk pelabur berisiko tinggi.

Dana terimbang: Mempunyai tiga objektif: pendapatan, kenaikan nilai sederhana dan pemeliharaan modal. Pelaburan dibuat dalam pelbagai kategori aset yang merangkumi saham, sekuriti pendapatan tetap dan wang tunai. Kepelbagaian yang baik dan sesuai bagi pelabur yang mencari pelaburan selamat di mana risikonya lebih rendah dan menghasilkan pulangan yang sederhana.

Dana indeks: Melabur dalam sejumlah besar saham yang menjejaki indeks pasaran saham terpilih.

Dana bon: Melabur hanya dalam sekuriti pendapatan tetap seperti bon dan instrumen pasaran wang jangka pendek. Semua dana bon tertakluk kepada risiko kadar faedah dan kebanyakannya tertakluk kepada risiko kredit atau risiko mungkir penerbit sekuriti.

Dana pasaran wang: Melabur hanya dalam instrumen pasaran wang jangka pendek seperti bil perbendaharaan, sijil deposit boleh niaga dan penerimaan jurubank, dengan tempoh kematangan kurang dari 90 hari. Oleh kerana dana dilaburkan dalam instrumen pasaran wang, pulangan yang diterima, walaupun kecil, pada amnya lebih menarik jika dibandingkan dengan deposit simpanan. Sesuai untuk pelabur yang mahu kecairan dalam pelaburan dan menjadi tempat sementara untuk menyimpan dana sebelum melabur dalam dana lain.

Dana Islam: Diuruskan berlandaskan prinsip Syariah; pelaburan dibuat dalam saham dan sekuriti pendapatan tetap dan tidak merangkumi saham tidak halal dan instrumen pasaran wang berfaedah.

Dana negeri: Diuruskan oleh perbadanan pembangunan negeri untuk pelabur dari negeri masing-masing.

Kelebihan dan Kekurangan

Kelebihan melabur dalam unit amanah:

Mengikut kemampuan
Ini merupakan kelebihan yang nyata sekali – tidak banyak kos diperlukan untuk melabur dalam dana amanah. Bagi pelaburan permulaan serendah RM500, pelabur boleh membeli dana dan mendapat:

Kepelbagaian segera
Pelabur dalam unit amanah berpeluang menyertai lebih banyak sekuriti berbanding dengan pelaburan yang dibuat secara persendirian. Dengan modal yang sedikit, pelabur persendirian hanya mampu membeli sejumlah kecil saham dan terhad dalam beberapa syarikat sahaja. Tetapi apabila wang tersebut dilabur dalam dana unit amanah, dia akan memperoleh kepelbagaian segera – wangnya akan terkumpul bersama-sama wang pelabur lain dan menghasilkan modal yang banyak dan boleh digunakan untuk membeli saham lebih banyak syarikat disebabkan kuasa beli lebih besar.

Dengan kepelbagaian, risiko boleh dikurangkan. Kerugian di beberapa kaunter boleh diimbangi oleh keuntungan diperoleh di kaunter lain. Pelabur boleh terus mengurangkan risikonya dengan melabur dalam beberapa dana dan tidak terhad kepada satu dana sahaja.

Mudah tunai
Pembelian dan penjualan unit amanah lebih mudah berbanding melabur terus dalam saham sesebuah syarikat di mana harga dan peluang untuk membuat urus niaga bergantung kepada penawaran dan permintaan saham pada masa itu.

Pengurusan profesional yang berterusan
Unit amanah diuruskan oleh kumpulan profesional berpengalaman yang menguruskan dana secara teratur dan berdasarkan fakta berbanding pelabur individu yang mungkin membuat pelaburan secara rambang. Keputusan pelaburan yang diambil oleh pengurus dana dibuat berdasarkan penyelidikan meluas dan kemahiran melabur mereka sendiri, dan mereka akan terus mengawasi portfolio berdasarkan maklumat yang telah diselidiki.

Mengurangkan tekanan
Pelabur tidak perlu risau kerana tidak perlu mengawasi sendiri pelbagai pelaburan yang dibuat olehnya – mengawasi prestasi dan membuat keputusan bila hendak membeli atau menjual. Sebaliknya pelabur mempunyai kumpulan profesional yang berkemahiran menguruskan untuknya. Pemegang unit menerima laporan interim setiap enam bulan mengenai perkembangan dana mereka, perubahan pelaburan yang dibuat dan bayaran dividen, juga pendapat pengurus dana berhubung pasaran pelaburan dan ekonomi. Mereka juga menerima laporan tahunan.

Peluang memiliki aset kewangan lebih meluas
Pengurus dana unit amanah boleh menjual beli produk pelaburan yang biasanya tidak berpeluang didekati oleh pelabur individu, seperti bon kerajaan dan bon korporat, yang mungkin dihadkan kepada pelabur institusi sahaja. Sebahagian daripada produk ini diniagakan dalam jumlah besar, dan ini mengehadkan kemampuan pelabur individu walaupun mereka diberikan peluang tersebut.

Kekurangan melabur dalam unit amanah

Tertakluk kepada risiko pasaran
Memandangkan unit amanah melabur dalam sekuriti boleh pasar, sudah tentu ia terdedah kepada pergerakan pasaran. Pempelbagaian dalam pelaburan boleh membantu mengurangkan risiko tetapi tidak dapat menghapuskan terus risiko. Harga unit amanah turun naik, dividen mungkin dibayar ataupun tidak, dan anda mungkin mendapat untung atau rugi apabila menjual unit itu.

Tidak sesuai bagi pelaburan jangka pendek
Unit amanah merupakan jentera pelaburan yang sesuai bagi pelaburan jangka sederhana hingga panjang. Ini kerana keuntungan daripada pelaburan dalam unit amanah tidak diperoleh segera. Seseorang boleh menjual unit yang dipegang apabila harga unit itu naik. Walau bagaimanapun, kenaikan harga, yang bergantung kepada pergerakan harga pasaran, biasanya lebih perlahan daripada pergerakan pasaran.

Kesan pempelbagaian berlaku secara dua hala iaitu risiko tertebar apabila pasaran mengalami kejatuhan, begitu juga ganjaran apabila pasaran meningkat. Dividen bagi unit amanah diberi secara berkala dan kesan pengkompaunan hanya dirasai dalam masa apabila keadaan ekonomi yang menguntungkan.

Tiada perkhidmatan ikut arahan
Pelabur unit amanah membeli instrumen pelaburan besar-besaran, oleh itu mereka tidak mempunyai kawalan terhadap keputusan pelaburan yang dibuat oleh pengurus dana. Mereka tidak boleh memberitahu pengurus apakah saham yang hendak dibeli atau yang mana jangan dibeli, dan bila hendak dijual. Pengurus dana bertindak mengikut penasihatnya sendiri, bukannya pelabur. Pelabur hanya boleh memastikan bahawa objektif dan polisi pelaburan dana selaras dengan objektif mereka. Oleh itu, penting para pelabur membaca prospektus pelaburan secara teliti dan memilih pelaburan secara bijak.

Kos yang Dikaitkan dengan Unit Amanah

Ada beberapa kos dikenakan kepada pelabur unit amanah. Amat penting anda memahami pelbagai yuran yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi jumlah pulangan diterima.

Syarikat unit amanah dibenarkan mengenakan tiga jenis yuran:

Bayaran perkhidmatan awal – biasanya bayaran ini dimasukkan dalam harga jualan unit dana;
Yuran pembelian semula – bayaran ini boleh dimasukkan dalam harga pembelian unit dana; dan
Yuran pengurusan – ini ialah yuran syarikat kerana mentadbirkan dana dan bayaran dikenakan terus kepada dana.

Selain daripada itu, terdapat beberapa perbelanjaan lain seperti yuran pemegang amanah dan perbelanjaan brokeraj yang ditanggung oleh dana.

Anda patut meneliti yuran yang dikenakan bagi pelbagai dana pilihan anda. Yang paling penting ialah pengurus dana perlu cekap dalam menjalankan urusan. Tidak guna memilih dana murah jika diuruskan oleh pengurus dana kurang baik, tetapi pengurus dana yang baik mungkin mengenakan yuran yang tinggi.

Perkara Bijak yang Perlu Diketahui mengenai Unit Amanah

Pilih dana yang sesuai
Terdapat pelbagai jenis dana yang ditawarkan oleh syarikat unit amanah. Tiga kategori utama ialah dana ekuiti yang boleh memaksimumkan pertumbuhan modal; dana bon yang bermatlamat memberikan pendapatan tetap; dan dana terimbang yang merupakan gabungan dua kategori dana di atas, memperuntukkan pertumbuhan modal dan pendapatan. Memandangkan jenis, bilangan dan pengkhususan dana unit amanah semakin berkembang, ia mencukupi untuk memenuhi kehendak pelabur yang berbeza. Anda perlu memilih dana yang mempunyai objektif dan cara pelaburan yang menggambarkan matlamat dan program pelaburan anda. Jika anda inginkan pertumbuhan modal jangka panjang, melaburlah dalam dana yang menawarkan pertumbuhan modal dan bukan pendapatan.

Yuran dan komisen

Berhati-hati dengan yuran dan komisen yang dikenakan kepada anda oleh pengurus dana kerana ia akan mempengaruhi kos, dan juga pulangan yang anda terima. Apakah bayarannya sama dengan dana lain?

Pengurus dana

Pilih pengurus dana anda. Teliti prestasinya dari segi saiz dana yang diuruskan dan pulangan yang diperoleh. Pilihlah pengurus yang telah terbukti cekap dan berwibawa, dan apabila telah membuat pilihan, biarlah pengurus itu – yang anda pilih berdasarkan bakat dan mempunyai lebih banyak sumber maklumat jika dibandingkan dengan anda – menjalankan tugasnya.

Awasi prestasi dana

Tetapi itu tidak bermakna anda boleh lepas tangan sepenuhnya. Anda perlu mengawasi untuk memastikan dana tidak menyimpang daripada matlamat yang dinyatakan dalam prospektus. Buat ukuran rujuk prestasi dana anda berbanding dengan satu indeks yang bersesuaian. Misalnya anda mungkin mahu dana menyamai atau lebih baik daripada prestasi Indeks Komposit BSKL atau dana bon, untuk menyamai atau menandingi kadar pulangan purata akaun simpanan tetap. Pergerakan turun naik pasaran dalam jangka pendek mungkin boleh diterima tetapi prestasi yang kurang memberangsangkan bagi tempoh jangka panjang wajar dijadikan sebab yang munasabah untuk menimbangkan semula pelaburan anda.

Prestasi penilaian

Bayaran agihan (dividen) lumayan yang diberikan oleh dana tidak bermakna prestasinya baik. Malah, apabila dividen diberikan kepada pemegang unit, ia akan mengurangkan nilai aset bersih (NAV) dana yang juga mengurangkan harga unit. Anda harus menggunakan kaedah ‘jumlah pulangan’ (yang mengambil kira agihan, sekiranya ada, dan keuntungan atau kerugian modal seperti dipaparkan dalam harga saham) apabila menilai prestasi anda.

Berurusan hanya dengan ejen berdaftar

Sekiranya dihubungi oleh seorang ejen, pastikan ejen tersebut berdaftar dengan Persekutuan Pengurus Amanah Saham Malaysia (FMUTM). Jangan percaya kepada pengakuan lisan seorang ejen yang mengeluarkan sendiri bahan promosi yang bukan diterbitkan oleh syarikat pengurusan unit manah. Semak penyata atau sijil yang diterima daripada dana dan simpan rekod pelaburan anda.
Posted in Uncategorized | Leave a comment

We Are Crying Today…

I felt sad today. One of our friend will be tranfer to Kuantan next week. She not only a friend,but a big sister for us. We share everything, happiness and sadness. Wua..wua..she left us after lunch…three of us make a drama swasta…huhu..hug tite n cyring….huhhh

Posted in Uncategorized | Leave a comment

MAK

Ya allah kau sihatkanlah ibu ku, ko panjangkanlah usianya….kau kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku semasa keci..Ya allah..kau ampunkanlah dosa-dosanya..ya allah aku sayang sangat pada mak aku.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Cikgu Jangan Takut !!!!

Aku tak fahamlah dengan masyarakat sekarang ni, ada anak tak boleh di tegur…apa dia orang tak sedar ker,…kalau dia orang dulu tu kalau tak kena sekeh dengan cikgu, tak kena rotan tak menjadi oranglah…”ni yang aku marah sangat ni

Aku sendiri seorang pengajar (tapi bukanlah kat akdersekolah menengah!)..tapi mengajarlah jugak..dan aku sendiri hadapi masalah yang sama, dah besar panjang pun masih tak boleh nak ikut peratura, bagi assigment tak buat,itu belum lagi dengan masalah displinnya…masuk kuliah dengan tak off handphone, bertenet didalam kelas,bertepuk tampar laki pompuan..apa..semuanya ni..bila di tegur..saya takder buat apa cik…apa salah saya..saya rasa tak salah apa pun…hhuhhh..cuba kau tengok…saper tak naik hangin…tu yang kadang-kadang terkeluar juga bahasa yang tak sepatutnya….

┬áKita orang ni..kalau tak sayangkan bangsa, memang tak kuasa nak tegur pun…ialah bukannya anak aku, adik aku, atau pun sedara mara aku…kau nak tertonggeng ker…aku peduli apa…tapi sebab kita sayanglah….kita tegur..kita denda…kalau kita orang biarkan pun..kita orang tak rugi apa pun…..tiap tahun gaji kita orang naik jugakk…tapi kita sayangkan bangsa,agama…hehhehe emosional pulak aku..

So…buat mak ayah di luar sana..jangan mudah nak serang cikgu…..sebelum nak saman cikgu..suluh dulu perangai anak itu….senonoh ke tak senonoh……cermin dulu anak kita..jangan nak mellenting saja..

Sekian

Posted in Pasal Cikgu, Uncategorized | Leave a comment

AKHIRNYA PASTI……AKU PINDAH…

Syukur alhamdulilah, disebalik dugaan Allah malam semalam, kereta aku calar, tengahari tadi aku call K*M untuk bertanyakan perihal perpindahan aku, alhamdulilah..akhirnya pasti permohonan aku diluluskan…hayooooo…..aku diperakukan untuk berpindah ke S*lan**r Melaka. Kalau nak ikutkan kira jauh juga dari rumah aku, mungkin dalam 35km tapi jika di bandingkan dengan bandar M ini jauh lebih dekat, ialah kalau aku masih disini untuk balik ke kampung sahaja aku terpaksa memandu selama 4 jam..kira oklah tu kan.

Pegawai berkenaan memaklumkan tarikh pertukaran adalah pada 1 Ogos 2007, tapi hari ni dah 26 Julai 2007. so macam ner tu Encik N. Jadi En N, memaklumkan sekiranya sehingga 30/7/2007 aku masih tidak menerima surat, dia akan faxkan pada aku nanti. Huhuhuhu…sedih jugak hati aku untuk meninggalkan tempat ni..ialah kalau tak kerana pembukaan pejabat di sini, aku tak naik pangkat…tak merasa nak dapat gaji juta-juta rupiah, namun aku tak mampu lagi untuk duduk berjauhan. Sudah bertahun-tahun hidup merantau, sejak dari tahun 1994, tamat aja SPM aku dah keluar dari kampung, sehingga kini, tak pernah rasanya aku duduk di kampung lebih dari 2 bulan, alhamdulilah, rezeki aku murah, tak pernah menganggur,…tamat pengajiaan tahun 2000 aku ditawarkan jawatan ini. Dalam selama 7 tahun telah ku habiskan untuk berkhidmat dengan rakyat johor. Walaupun aku masih tidak dapat berkhidmat di negeri sendiri, namun di sempadan pun sudah ok.

Berdebar rasanya untuk memulakan kerja di tempat baru, bukan mudah nak menyesuaikan diri,nak mencari kawan-kawan baru, namum apa yang paling penting bagi aku adalah melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik yang mungkin.

Doakan semoga aku dapat menyesuaikan diri di sana. Kalau ada rezeki dan panjang umur kita akan bersua lagi.

Posted in Aku dapat pinda??La..la..la..la, Uncategorized | Leave a comment

Kereta Ku Calar

Malam semalam aku keluar makan bersama kak N,Miss Z dan Mrs S. Macam biasa kat kedai empat di bandar M. Lepas makan Miss Z nak keluarkan duit then nak gi shopping kat Guardian. Aku parking kereta kat tepi Guardian, aku tak ada niat nak shopping. So aku hanya duduk di dalam kereta sahaja. Sebelah kereta aku ada kereta lain,so masa dia nak reverse hati aku dah berasa dah dia ni kalau tak kena daya terlanggar kete aku ni…rupanya-rupanya betul gerak hati aku…perghh..hangin aku..aku keluar dan cakap dengan lelaki cina tu, macamana ni? ada ker dia nak bayar RM 30. Ingat basikal ker..aku tak puas hati..tapi dia tetap nak bayar RM 30…dah susah sangat aku ajak gi balai aja.. sampai kat balai cina tu duduk dalam kereta..bukak dash board nak selak apa tah…so bila sarjan tu sampai..dia masih tak nak bayar banyak..dia kata dia tak ada duit..dia tunjukkan kat aku dia ada RM 60..so dia nak kasi aku RM 50…Aku pun malas nak gaduh-gaduh..ialah malu dengan sarjan tu..lagi pun aku tengok cina tu macam sengkek jer..tapi tak tahulah kalau dia dah sorakkan duit dia dulu, daripada tak dapat apa…lebih baiklan dapat rm 50 tu….manalah tahu memang betul dia tak ada duit…dan aku terpikir jugak macamana kalau satu hari aku macam dia. Apa yang paling penting syukurlah aku takder apa-apa, apa yang penting adalah nyawa. Moga Allah panjangkan umur kami semua. Sekurangnya merasalah jugak duit pencen….hehehehe……Mungkin dugaan gaji dah naik kot..so aku redha ajalah.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Menara Bangsa

Selain daripada lagu warisan ini adalah salah satu lagu yang wajib kita hayati sebagai seorang melayu. Menara bangsa……Ingat jangan runtuh lagi……Robohnya Kota Melaka, Putrajaya kita dirikan.

Suria muncul di pagi hari,
Kita bangun sederap kaki,
Menara bangsa akan kita bina,
Perkasa tiada rebah lagi.

Mentari sudah ada di sini,
Pasti bersinar seribu tahun lagi,
Biar berhembus angin sangka kala,
Malam pasti tiada datang.

Kita sudah tiada perlu tidur,
Kerna mimpi ada di depan mata,
Peluh jernih meniti di bibir,
Air mata jadi milik semua.

Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta,
Kita bebas terbang laksana burung,
Terikat hanya di tali cinta.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Aku dapat pindah?La..la..la..la..la

Aku gembira bila mendengar khabar angin aku akan berpindah…tapi betul ker aku akan berpindah????? Atau sekadar gimik sahaja??? Dalam gembira aku rasa sayang juga untuk meninggalkan tempat ni… Sudah 2 tahun aku disini, macam-macam perkara telah aku lalui..merentas belantara yang sering menyeramkan…..untuk sampai ke lebuhraya sekurang-kurangnya selama 1 jam aku terpaksa menempuh perjalanan yang agak membahayakan..namum semuanya aku serahkan pada yang mana esa…semoga keselamatan diri ini berasa didalam lindungannya.

Aku sebenarnya bukan cerewat mengenai soal di mana aku di tempatkan…aku cuma risaukan keadaan bonda yang semakin di mamah usia,yang semakin tua, yang semakin kurang sihat. Kalau boleh di saat dia menempuh hari-hari tuanya biarlah aku sentiasa hampir dengannya. Menyemai bakti padanya….

Andainya aku masih di sini, siapalah yang boleh di harapkan untuk membantu aku memandu sejauh 300 km, selama 4 jam di saat kecemasan….aku tak mahu menyusahkan orang lain…mampukan aku memandu sekiranya sesuatu berita yang tidak aku sangkakan disampaikan..mampukah aku………..argh..seboleh-bolehnya aku tak mahu memikirkan kemungkinan itu…..biarlah mak panjang umur..sihat tubuh badan…selamanya…………..namun aku tahu,,kita semua miliknya…bila-bila masa sahaja kita akan kembali padanya…

Posted in Aku dapat pinda??La..la..la..la, Uncategorized | Leave a comment

Prolapsed Disc (Slipped Disc)

A prolapsed disc often causes severe lower back pain. The disc often presses on a nerve root which also causes pain and other symptoms in a leg. In most cases, the symptoms ease off gradually over several weeks. The usual advice is to do normal activities as much as possible. Painkillers may help. Physical treatments such as spinal manipulation may also help. Surgery may be an option if the symptoms persist.

Sakit ni macama sakit pinggang, cuma ia menjalar dari pinggang sehingga ke tapak kaki. Kadang-kadang rasanya macam mencucuk-cucuk umpama jarum. Biasanya aku akan ambil celebrex dan vitamin saraf bagi melegakan kesakitan.

Sebab berlakunya prolapsed disc ada pelbagai, diantaranya adalah cara duduk yang tidak betul,mengangkat barang dengan cara yang salah, terjatuh dan juga sebab yang tidak dapat dipastikan.

Sekiranya anda mengalami kesakitan di bahagian pinggang dan merebak ke kaki, anda seharusnya segera berjumpa doktor bagi mengelakkan masalah yang lebih teruk.Buat masa ini aku masih lagi mendapat rawatan di hospital putra melaka, iaitu dengan dr zulkepli

Posted in Prolapsed disc, Uncategorized | Leave a comment

Check Your Blood Pressure

Hari ini aku ingin menulis mengenai blood pressure. Masalah ini adalah masalah yang selalu kita dengar. Dan selalunya kita menganggap ini adalah masalah biasa. Dan selalunya juga kita beranggapan yang badan kita sihat, maklumlah usia masih muda. Takkanlah tekanan darah kita tinggi pulakkan. Namun jangan ambil ringan tentang perkara ini. Baru-baru ni aku telah membawa mak aku berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan kesihatan ,memandangkan doktor tu sudah biasa dengan aku….so dia suruh aku check bp aku..so entah macamana ntah tekanan darah aku tingggi huhuhuhu…….so aku dah start takut nervous…sampai kat sini aku dah fobia, setiap minggu check tekanan darah…huhuhuhu still 140/90…..150/90..huhuhu…..merisaukan betul…

Namun aku tak berputus asa, aku kena normalkan tekanan darah aku semula, aku tak nak makan ubat dalam usia muda. Diantara ikhtiar yang aku buat untuk mengatasi masalah ini ialah:-

  1.  Mengamalkan senaman 3 kali seminggu setiap 30 minit
  2. Mengamalkan jus buah-buahan dan jus seleri
  3. Mengamalkan makan ulam-ulaman setiap hari
  4. Mengurangkan kuantiti nasi setiap hari
  5. Mengurangkan garam dalam kehidupan seharian.

So aku mampu menormalkan tekanan darah aku balik, dan berharap aku dapat mengawal tekanan darah. Last sekali aku check on Thurdays tekanan darah aku 110/70mhg. Huuhuhuhu syukur… alhamdulilah.

Untuk maklumat lanjut:=http://www.bphigh.blogspot.com

http://www.juiceforbp.blogspot.com

Posted in Check Your BP, Uncategorized | Leave a comment