Personal Coaching Bersama Ammar

Semalam saya membuat pelaburan untuk diri sendiri, iaitu pelaburan terhadap ilmu. Saya telah mengambil keputusan untuk mendapatkan personal coaching bersama Ammar Zahar. Pakej yang saya ambil ialah pakej Affiliate. Alhamdulilah Ammar telah menerangkan cara-cara untuk menjadi affiliate yang berjaya. Apa yang penting sekarang ini adalah usaha. Usaha untuk mempraktikkan apa yang telah disampaikan.Hmm..pesan Ammar yang penting adalah jangan fed-up. Usaha dan usaha…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELAMAT BERPUASA

Saya dengan ini mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan semoga puasa kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya. Saya juga ingin memohon maaf seandainya ada terkasar bahasa, perbuatan dan sebagainya. Sekiranya ada yang terasa dengan penulisan saya disini, maaf di pohon. Semoga kita akan mendapat keberkatan pada bulan yang mulia ini.

Sekiranya anda menghargai nilai 1 sen disini saya ada link yang sesuai untuk anda.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Pelaburan Emas

Saya baru sahaja berjinak-jinak dengan pelaburan emas.Sebagaimana yang di ketahui harga emas semakin meningkat dari semasa ke semasa. Sebelum ini saya bukanlah orang yang berminat dengan pelaburan ini, walaupun ibu saya selalu bising supaya saya membeli emas sebagai salah satu instrument pelaburan . Maklumlah orang muda, tak minatlah kononya.Ibu adalah seorang yang berpandangan jauh, alhamdulilah dengan sifatnya yang suka membeli emas, ianya sering membantu apabila perniagaan kami mengalami kesukaran atau pun di ketika anak-anak memerlukan perbelanjaan persekolahan.
Kalau 10 tahun dulu harga emas ibu hanya bernilai RM10K, saya rasa sekarang tentu nilainya lebih dari RM20K.(Agaknyalah!).Namum masih belum terlambat rasanya untuk saya memulakan pelaburan emas ini. Jadi buat permulaan ini, saya membeli emas fizikal dan juga membuka Maybank Gold Account. Baru nak belajar-belajar, jadi tak boleh tamak-tamak.
Sekiranya anda memerlukan maklumat mengenai pelaburan emas sila klik link ini:

Posted in EMAS, Uncategorized | Tagged | Leave a comment

Kenapa Asyik Lupa Jer.

Dalam minggu ni ada dua peperiksaan. Entah kenapa untuk kedua-duanya aku terlupa nak bawak purse. Terasa malangnya diri. Yang pertama tu purse tertinggal di opis. Terpaksa datang opis dulu untuk ambil purse. Dahlah jarak rumah ke opis 47km. Nasib baik tak ada apa. Semalam pulak dah sampi seremban baru teringat purse tinggal. Dahlah ada roadblock. Nasib baik jpj tu tak tahan n tanya lesen. Kalau tak naya kena saman.
Ada petua untuk hilangkan lupa? Bole share dengan saya.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Medical Card PRUBSN Takaful Limit 500K

Untuk maklumat semua medical card PruBSN takaful telah pun meningkat kepada RM500k untuk seumur hidup. Had tahunan masih lagi RM 50k. Dengan peningkatan ini akan menambahkan lagi peluang untuk mendapatkan rawatan yang terbaik di mana-mana hospital panel Prudential BSN Takaful. Oleh itu sediakan payung sebelum hujan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya di email:- gn2_black@yahoo.co.uk.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Jangan Takut Jumpa Agen insuran

Saya tahu ramai diantara kita akan mengelakkan diri untuk berjumpa dengan ejen insurans.Ketakutan pada agen insurans umpaman macam berjumpa dengan along. :-D. Saya tidak salahkan anda sekiranya anda takut untuk bertemu dengan mereka ini.Mungkin anda pernah mengalami pengalaman yang pahit semasa berurusan dengan agen insurans.Namun begitu saya ingin memohon kepada anda, untuk membuka sedikit ruang kepada mereka yang bergelar agen insurans, manalah tahu sebenarnya anda memerlukan khidmat nasihat mereka.
Untuk makluman semua, saya adalah merupakan agen insurans secara part-time. Saya bernaung di bawah Syarikat PrudentialBSN Takaful. PruBSN Takaful menawarkan pakej perlindungan yang menarik iaitu dengan hanya bermula dengan RM100 anda akan mendapat 3 in 1.

1. Medical Hospitalisation ( Medical Card)

* Had Kos Rawatan Perubatan & Penginapan yang tinggi (sehingga RM450,000).
* Bil rawatan di bayar terus kepada hospital swasta
* Khidmat Doktor Pakar & dan kemudahan hospital swasta.
*Jadual pembedahan tanpa sekatan
*Rawatan kanser dan buah pinggang tanpa limit.
*Manfaat penjagaan jururawat di rumah
*Perlindungan 24 jam diseluruh dunia & bantuan perubatan antarabangsa
*Pelbagai elaun tunai disediakan:-
– Elaun harian hospital & wad icu
– Elaun pembedahan
– Elaun cuti sakit akibat kemalangan

2. Life Protection

* Elaun dana sara hidup akibat penyakit kritikal
* Pampasan kecacatan kekal akibat kemalangan
* (premium & saving tahunan percuma sehingga 80 tahun)
* Manfaat khairat kematian & elaun pengurusan jenazah

3. Saving Investment

* Pelaburan berdasarkan syariah
* Pelaburan di kuanter BSKL – Takaful dana ekuiti, Takaf ul dana urus dan Takaful dana bon
* Boleh membuat penukaran dana dan penambahan pelaburan pada bila-bila masa.
* Kadar pulangan yang tinggi
* Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila maa tanpa tempoh matang
* Pengcualian cukai pendapatan sehingga RM9000

Untuk mendapatkan quotation percuma bolehlah hubungi saya di email gn2_black@yahoo.co.uk. YM: gn2_black. Dapatkanlah maklumat untuk keperluan untuk diri dan keluarga, dan jangan membeli insuran yang tidak sesuai dengan keperluan anda. Buatlah perbandingan harga terlebih dahulu.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Protected: Titik Genting

This content is password protected. To view it please enter your password below:

Posted in Uncategorized | Enter your password to view comments.

Musim Angin Telah Bermula (Betaro)

Musim angin atau pun betaro dalam loghat Rembau selalunya bermula pada bulan December setiap tahun. Tapi sekarang dengan keadaan cuaca global yang telah berubah, ianya bermula lewat sedikit. Pada tahun ini betaro bermula pada awal bulan Januari.
Dulu pada musim ini selalunya adalah musim orang menuai padi dan juga mengangin padi. Mengangin padi adalah satu proses di mana padi diasingkan dari antahnya sebelum di tumbuk atau pun di mesin menjadi beras. Pada musim angin ini juga selalunya aktiviti membuat emping di lakukan. Sebagai generasi yang tak beberapa baru aku sempat menempuh zaman-zaman itu. Tapi ingat-ingat lupa. Sebagai kanak-kanak yang berumur lebih kurang 6@7 tahun pada ketika itu aktiviti yang dilakukan bersama rakan-rakan sebaya adalah bermain layang-layang. Kebanyakkan rakan-rakan ku adalah budak-budak lelaki. Jadi aku mengambil kesempatan supaya mereka membuatkan layang-layang untuk ku juga. Seronok sungguh ketika itu bermain layang-layang sambil menikmati kedinginan angin yang bertiup. Terasa pada masa tu macam boleh terbang jer…I believe i can fly…:-P
Walaupun musim angin ini satu musim yang menyeronokkan tapi bagi penoreh getah ia merupakan musim yang membawa kesuraman pada mereka. Apa tidaknya, pada musim ini daun-daun getah mula berguguran. Bila daun-daun getah sudah luruh susu getah semakin berkurangan.Berkurangnya susu getah maka kuranglah pendapatan mereka. Tambahan pula dengan harga getah yang merudum sekarang ini.
Namun aku memang suka musim betaro ini, sebabnya terasa macam duduk kat oversea. Ahaks…terasa kedingan pagi dan malam umpama musim luruh di kota london….hahahha….nak mandi pagi pun takut…memandangkan sekarang ni adalah musim betaro setiap pagi aku akan mandi air panas…grrrrrrr…..sejuk seh..Jadi sesiapa yang teringin untuk menikmati musim betaro ni, bolehlah datang ke Luak Rembau pada masa ini. Musim ini selalunya akan berakhir pada akhir Februari.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

11 Hari Yang Berlalu

Sejak tahun baru sudah 11 hari aku tidak berkerja. Asalnya cuti hanya sehingga 6/1/09 tapi terus di sambung dengan mc selama 3 hari. Bukan MC beli tau :-P. Tapi MC sebab masalah lutut berulang kembali. MC pun bukanlah boleh nak rehat, sebab ada sahaja aral yang mendatang.9/1 anak sedara masuk ward dan terus operate bagi membuang kanser tiroidnya. Mahu tidak mahu di paksakan jugak diri untuk drive ker putrajaya untuk melawat dan mendapatkan info terkini. Alhamdulilah beliau selamat menjalani pembedahan. Ternyata beliau seorang yang kuat semangat. Terus sedarkan diri selepas pembedahan selesai. Kini hanya menanti rawatan susulan, katanya akan di buat di PMC. Kalau mengharapkan ubat dari hospital kerajaan sudah pasti terpaksa menunggu berbulan-bulan. Katanya terpaksa q, jadi kami mengambil keputusan untuk membuat rawatan susulan di PMC Ayer keroh sahaja. Walaupun mungkin perbelanjaan mencecah 6k, tapi akan diusahakan juga.
10/1 pagi-pagi lagi telah mendapat panggilan dari sepupu (along), mengatakan acik masuk hospital kuala pilah kerana pengsan. Mesti disebabkan bacaan gula yang rendah membuatkan acik pengsan. Bila di beritahu begini memang tidak patut kalau tidak pergi melawat. Digagahkan jugak diri, walaupun badan sendiri dah rasa seram sejuk. Dah mula bersin-bersin. Alhamdulilah acik tak teruk mana.Mungkin esok dah boleh keluar wad.
Petangnya bila sampi di rumah,hidung sudah mula berhingus, macam budak-budak rasanya. Telan ubat selsema, tidur lena sampai ke pagi.
Hari ni nampaknya semakin parah, tapi esok mesti datang kerja juga. Sudah terlalu lama berehat, nanti di kata orang sengaja beli MC pula. Macamana pun 14/1 nanti ada temujanji dengan doktor pakar, yang tu nanti mungkin minta MC. Ialah nanti kalau lebih 2 jam keluar pejabat, orang kata ponteng pula. Jadi lebih baik kalau doktor beri MC sahaja 😛

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Moga Tahun 2009 Lebih Bermakna

2008 telah pun seminggu berlalu. Kini muncul pula 2009. 2008 terlalu banyak menyimpan suka dan duka. Yang mengembirakan akan di simpan sebagai kenang-kenangan. Mana yang duka akan terdikuburkan. Dan tidak ingin lagi ianya datang dalam kotak ingatan ini.
2009 di harapkan akan membawa seribu kegembiraan dan kebahagiaan. Semoga membawa kejayaan dalam mengapai kehidupan yang lebih sempurna. Moga dipermudahkan segalanya, diberikan ilham yang dan pentunjuk oleh ALLAH dalam melakukan sebarang urusan.

Amin

Posted in Uncategorized | Leave a comment