Wang Bukan Segalanya tapi segalanya perlukan Wang

Duit bukanlah segalo eh…tapi segalo eh polukan duit…nanti den sambung.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Kembali Menulis

Welcome back. Rindulah nak menulis online semula. Domain sudah renew dan hosting juga dah beli. Nak tak nak kena merajinkan diri… yeahhh..chaoik..chaoik..

Posted in Welcome back | Leave a comment

Kedai online @ e-shop StormReaders

Untuk makluman para pembaca yang ingin mendapatkan buku-buku ilmiah daripada telaga biru kini boleh mendapatkanya dari kedai online StormReaders.Ini merupakan salah satu cara yang memudahkan anda untuk membuat pembelian buku-buku telaga biru yang kadang-kala kehabisan di pasaran. Selain daripada itu ia juga menjimatkan kos minyak kereta anda( maklumlah minyak sekarang mahalkan!) untuk kedai. Buku akan dihantar terus ke depan pintu rumah anda!

Untuk maklumat pembaca Stormreaders sebenarnya merupakan sebuah anak syarikat kepada Telaga Biru Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera Islam yang telah beroperasi sejak 1997 yang berpengalaman menerbitkan produk-produk Islam yang disampaikan oleh ikon-ikon terkenal Negara seperti Dato` Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah , Ustazah Siti Nor Bahyah , Zahazan Mohamed, Irfan Khairi, Ustaz Zaharuddin, Dato Hj Ismail Kamus dan lain-lain dalam berbagai format melibatkan cenderahati, kaset, CD, VCD dan buku.

Sekiranya anda berminat untuk menambah pendapatan secara online anda boleh mendapatkan E-shop dengan menyertai StormReaders. Bila anda menyertai StormReaders anda boleh menjalankan perniagan anda secara online dan anda akan mendapat 20% di atas penjualan setiap buku di atas. Ayuh mulakan perniagaan internet anda dengan menyertai StormReaders dan menjual buku-buku di Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jangan lupa dapatkan buku-buku yang di tulis oleh ikon-ikon terkenal di e-store diatas! 🙂

Posted in Kedai Online@e-shop StormReaders, Uncategorized | Tagged , , , | Leave a comment

Bebas Hutang

Tahun ini di harapkan dapat mengurangkan hutang-hutang lapuk yang masih bersisa. Lagi bagus kalau dapat di hapuskan semuanya.Yang nyata akan berusaha keras bagi menghapuskan hutang. Dan seterusnyanya menjadi insan yang bebas kewangan dalam jangka masa 5 tahun dari sekarang. Semoga impian ini akan tercapai akhirnya. Panas juga telinga bila ada orang yang bertanya, apa yang dia perlu buat dengan duit berkepoknya….huhuhu..terasa juga jiwa di buatnya. Tapi tak per. Yang penting perancangan perlu ada.

Posted in Jutawan Senyap, Uncategorized | Leave a comment

Bila Orang Tua Belajar.

Baru sahaja selesai mengabiskan peperiksaan yang terakhir hari Rabu lepas.Agak sukar juga bila orang tua belajar. Maklumlah otak dah tak berapa fresh..kalau dulu dua tiga kali baca, mungkin dah boleh nak ingat. Tapi sekarang sungguh berbeza. Mungkin faktor umur( akak muda lagi..ahakss :-p) dah juga komitment kerja yang mendesak. Namum bagaimana pun, pantang undur sebelum berjuang, jawab tetap jawab. Keputusannya tunggu……..

Posted in Uncategorized | Leave a comment

SELESAI SATU TUGAS

Alhamdulilah akhirnya sielesai segala tugasan yang perlu disiapkan. Lega satu beban. Syukur dengan bantuan dariNya, tugasan dapat di siapkan dengan baik, walaupun tidak sempurna mana, namun itulah yang terbaik yang mampu dilakukan.
Hasilnya juga mengikut apa yang telah dilakukan. Tapi syukur sebab dapat markah yang setimpal dengan usaha. So selesai urusan sendiri.
Namun ada lagi yang masih belum di sempurnakan, iaitu tugasan untuk pelajar.Inilah masa paling sibuk sekali, menanda kertas ujian dan mengira markah pelajar. Berpinar juga biji mata. Cadangannya semuanya perlu di siapkan sebelum hari selasa. Moga allah permudahkan segalah urusan dan segalanya berjalan sebagaimana yang di rancangkan .Amin.

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Thing To do!

Nampaknya bulan ini adalah bulan yang agak sibuk. Banyak sangat yang belum di selesaikan. Memang kalau nak ikutkan memang agak stress. Tapi sebagai yang di katakan oleh warikh, buatlah kerja dengan kegembiraan dan senyuman..Ahakss..

Saje nak tulis kat sini kerja-kerja yang masih belum selesai:

1. Pengesahan dan tandatangan portfolio pelajar

2. Assigment diri sendiri iaitu data structure dan distributed network

3. Ujian 2 untuk Matematik 1 dan Sains kejuruteraan 3

4. Kertas ujian yang belum bertanda.

Ada 2 minggu lagi sebelum date line..puh..kena pulun ni…

Posted in Uncategorized | Leave a comment

[youtube=http://www.youtube.com/watch?v=2uEa8u2QtLw&hl=en&fs=1&]

Posted in Uncategorized | Leave a comment

Permainan Baru (Palm Centro Smartphone)

palm-centro-1

Ini adalah game akak yang terbaru. Nak kata beli pun tidaklah. Tapi akak ambil pakej celcom untuk agen insurans/takaful. Akak ambil pakej yang ada Palm Treo Centro Smartphone. Dah lama akak nak pakai handphone ni.Tapi manalah akak nak cokaukan duit nak boli eh. Dah ado pakej ni akak toruih sambarlah. Oklah akak tongah jakun nak main benda alah ni. Nanti-nanti akak updatelah. Kalau korang ado apo-apo nak tanyo pasal takaful dan insurans jangan malu-malu contact akak. Kok ado yang nak tahu pasal masuk spital ko, kaki terpeleot ko. Kok akak boleh tolong, akak tolong. Chawww

Posted in Games, Uncategorized | Leave a comment

Masih Mood Hari Raya

Hari pertama bertugas, masih di dalam mood hari raya. Jadi buat pembaca yang singgah di sini, saya mengambik kesempatan ini untu mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Raya yang ketiga memang amat bermakna pada kami sekeluarga. Kakak yang dah hampir 8 tahun yang merajuk akhirnya dibukakan hati oleh Allah untuk pulang berhari raya. Bukannya duduk jauh pun, tak sampai pun 10minit berkereta. Alhamdulilah, akhirnya pujukkan saya berjaya melembutkan hatinya. Ayatnya mudah sahaja :” Kita ni dah tua, mak pun dah tua, umur kita tak tahu, entah aku, kau atau mak yang pergi dulu. Kalau kau sayangkan mak, kau baliklah, tapi kalau tak, terpulanglah. Jangan nanti bila mak dah takder kau melolong nak balik”.

Macam jejak kasih pulak rasanya. Apa pun syukur segala kekustan telah pun selesai. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaup jua, air di cincang tak akan putus. Kita bina buku baru.

Posted in Soal Hati, Uncategorized | Leave a comment