Bukan Mudah

Bukan mudah untuk mencapai kejayaan sebenarnya. Tapi kata orang kalau tidak di pecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Sebagai seorang pelajar separuh masa, kadang-kadang terasa macam nak berhenti separuh jalan. Terpaksalah motivate diri sendiri. Alang-alang seluk pekasan biar sampai pangkal lengan. Bila difikrkan balik, kalau kakak yang ada anak 10 boleh buat, kenapa aku yang tak ada anak ni boleh boleh. Kalau aku banyak kerja, kawan yang berkerja di BSKL sudah tentu lagi huru-hara. Dengan pemerhatian sebeginilah mampu membuka minda yang kadang-kadang hampir tertutup.
Ya allah..pada mu ku pohankan, agar di berikan kekuatan untuk meneruskan perjuangan ini sehingga ke akhirnya. Berikanlah aku kesihatan yang baik, ingatan yang kuat dan berikanlah aku pemahaman di atas apa ilmu yang aku cari. Ya allah kau permudahkanlah urusanku, perjalananku dan kau peliharalah aku dari segala musibah dan mara bahaya. Amin

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *