Sepanjang Bercuti

Jumaat 29/8/08

Tamat. Terungkai segala yang tersimpul, terlerai segala kekusutan. Biarkan dia terjun dengan labu-labunya. Takkan kaya dia dengan RM7K itu, dan tak miskin aku dengan RM7K itu. Makan dan gunakanlah duit itu selagi kau terdaya. Secara peribadi aku tidak redha dengan duit yang kau ambil itu.

Sabtu 30/8/08

Seperti biasa mak akan buat lemang sebelum menyambut puasa. Jadi hari ni adalah hari yang di rancang untuk membuat lemang. Memang sudah menjadi tradisi kami di Negeri Sembilan akan membuat lemang semasa menyambut ramadhan dan hari raya. Begitu juga dengan acara membeli daging (mantai) untuk di buat rendang. Kata mak atuk pernah berkata, paling-paling tidak sekilo daging hendak juga di beli untuk menyambut puasa, kalau tidak hina rasanya. Itu kata atuk. Tapi bagi kami generasi muda yang telah terbiasa dengan tradisi ini, memang terasa satu kelainan kalau tidak merasa lemang buatan emak sendiri.

Ahad 31/8/08

Selamat Hari Merdeka. Hari ni di kampung aku ada upacara mantai. Dua ekor kerbau tumbang. Jadi pagi-pagi lagi sudah di kejutkan oleh mak untuk temankan dia membeli daging untuk di buat rendang. Lemang susah di masak malam semalam. Cuma rendangnya tiada untuk di cicahkan. Jadi daging kerbau yang di beli akan di buat rendang pada hari ini. Untuk buat rendang mak lebih suka daging kerbau, sebab bila di buat rendang dagingnya akan betul-betul kering. Kalau daging lembu, daging sedikit lembab. Kalau pakai daging kerbau seminggu pun rendang masih ok untuk di makan.

Dulu ada kawan yang berkata, dia tak makan daging kerbau, sebab geli dengan kerbau yang suka berkubang di dalam lumpur. Gelilah kononnya dengan daging kerbau. Mungkin padanya daging kerbau juga akan terpalit oleh kotoran lumpur itu. Untuk membuktikan yang daging kerbau itu best hingga menjilat jari, aku membawa rendang balik ke rumah sewa kami. Bila tiba waktu makan, aku keluarkan rendang daging yang dibawa, dan dia makan dengan seleranya, tanpa menayakan daging apakah itu. Dan aku sengaja membiarkan dia makan dengan penuh selera. Keesokan harinya semasa di dalam kereta, kau tahu tak semalam kau makan daging apa? Daging lembulah jawabnya. Hahahahahahhaha….semalam kau makan daging kerbau. Sedap tak? Hmm sedap dia jawab…..hahahahhahha sejak dari itu dialah yang selalu memesan rendang kerbau bila hari raya.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *