Jangan Takut Berkata Tidak!

Kita sebagai seorang melayu, anak, kawan dan pekerja selalu takut untuk berkata tidak walaupun sebenarnya kita tidak suka. Kita tidak selesa dengan arahan yang diberikan, atau kita memang tak nak pun sebenarnya melakukan atau pun mengiakan. Tapi demi untuk menjaga perasaan dan hati orang lain, terlalu sukar untuk kita mengatakan tidak. Kita rela hati kita terluka. Kita rela bersusah payah atau lebih teruk lagi kadang-kadang kita rela untuk memperjudikan masa depan kita semata-mata takut untuk berkata tidak.

Terlalu banyak halangan-halangan dan ketakutan yang kita fikirkan dan kita takutkan untuk berkata tidak! Tapi apakah maknanya melakukan sesuatu perkara yang tidak kita rela….apa maknanya jika ia akhirnya menyusahkan hati dan hidup kita. Apa tah lagi sekiranya ia boleh membaca kesengsaraan pada jiwa kita.

Oleh itu jangan sesekali kita menyetujui sesuatu yang kita tidak suka, sesuatu yang kita tidak mampu lakukan. Biarlah apa orang nak kata akibat dari berkata TIDAK! Tapi yang penting setiap yang kita lakukan itu adalah ikhlas dan datang dari bottom in your heart! Usah berpura-pura, kerana kesannya adalah amat dalam…

Ahks…jiwangnya…tapi itulah pesanan aku pada petang ini…ahakss:-)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *