Dua Minggu Yang Memenatkan

Dua minggu lepas, memang minggu yang memenatkan. Terpaksa menghadiri kursus penyeliaan dalam pada yang sama terpaksa juga menghadiri peperisaan jabatan. Sibuk menyiapkan portfolio. Disamping itu terpaksa pula menyiapkan assigment. Penat memang memenatkan. Dan penuh yakin, tekanan darah jugak tentu sama naiknya. Tapi nak buat macamana. Dah salam sendiri, tak manfaatkan masa lapang selama ini..hahh..baru pada muka.

Walaupun terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan segala tugasan, alhamdulilah semuanya dapat di selesaikan pada waktu yang sepatutnya, Taubat tak nak buat kerja last minit lagi. Seksa jiwa raga.

Begitulah dugaan yang terpaksa di hadapi bila bekerja sambil belajar. Terpaksa bahagikan masa. Kadang-kadang tak mampu jugak sebenarnya. Tapi demi ilmu, di harungi juga. Kata orang, takcukup ke dengan apa yang ada. Tapi ini bukan soal material, tapi soal kepuasan mencari ilmu. Bagaimana hendak berkongsi ilmu dengan pelajar, kalau kita sendiri pun tidak mahir dengan bidang kita. Kita perlukan guru untuk membimbing kita dan seterusnya ilmu tu di turunkan kepada pelajar kita.

Mendidik pelajar dalam bidang kemahiran tidak sama dengan mendidik pelajar di IPT. Pengajar perlu mahir hand ons supaya pelajar dapat menjalani latihan dengan lebih efektif. Sebab itu di kuatkan diri jugak untuk menambah ilmu didada. Terutama dalam bidang netwoking, supaya boleh dikongsi, bukan hanya dari segi teknikal, tapi dari segi pengurusan sistem rangkaianĀ  dan keselamatan rangkaian itu sendiri.Semoga allah permudahankan jalan untuk mencari ilmu ni, semoga dimurahkan rezeki bagi menampung pengajian yang mengunakan duit gaji sendiri. Amin

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *