OutStation Again

Dia dah mula sangsi kenapa kerja awak banyak sangat outstation. Banyak sangat kursus. Cuba untuk terangkan, kerja macam saya perlukan skill, knowledge juga. Jadi banyak bendalah kena belajar. Kenapa tak suruh orang jer yang ganti? Orang lain tak ada ker? Memanglah boleh org lain ganti, tapi ilmu itu perlu untuk saya, rugilah kalau saya tak pergi. Ahhhh..awak mintak memanglah dapat..bila boss tanya awak angkat tangan. arggggghhh…susahnya nak bagi dia faham…

Soalnya sekarang ni kerja dengan gomen tak boleh dianngap 8-5, isnin-jumaat sahaja. Keadaaan dah berubah,paradigma perlukan anjakan. Kalau awak berfikiran sama macam 20 tahun dulu, masa awak muda-muda, nyatalah awak ketinggalan zaman. Sebab tulah awak masih kat level tu jugak…tidak punya apa-apa perubahan…tiada apa-apa.

Tak bermaksud nak menghina siapa-siapa. Cuma saya ada cita-cita dan impian. Jangan sesuka menuduh saya mengejar dunia, saya cuba menyimbangkan dunia dan akhirat sedaya upaya saya. Saya berkhidmat ini pun untuk agama dan bangsa. Sedaya upaya untuk memberi sumbangan ilmu dalam bentuk teknikal. Jangan samakan saya dengan guru sekolah. Kami tidak sama, walaupun kami adalah pengajar.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *