Ponteng Kerja. Halalkan Pendapatan Kita?

Dulu semasa bertugas di Muar dan di Mersing kami telah diajar dengan satu budaya kerja yang mengikut pada peraturan yang telah ditetapkan. Punch kad pada jam 8.00 pagi dan balik pada pukul 5.00 petang. Kalau keluar sekali pun atas apa juga urusan, kena maklumkan pada bos, tulis nama pada buku keluar dan punch kad keluar. Dan bolehlah kau keluar dengan selesa dan selesaikan apa juga urusan tanpa rasa takut dan bersalah. Dan kalau apa-apa perkara yang tidak diingini berlaku, kau akan dilindungi, kerana kau bukannya keluar tanpa kebenaran. kau keluar mengikut prosedur yang betul.

Tapi disini keadaannya berlainan sekali. Aku umpama terkena kejutan budaya. Pergerakkan keluar masuk seakan-akan bebas disini. Mana yang telah terdidik dengan sistem kerja yang betul, akan memaklumkan kepada bos untuk keluar, mana yang gamble akan keluar sesuka hati. Akan masuk balik bila-bila masa dia suka. Di mana agaknya letak peraturan dalam hati mereka agaknya. Aku disini cuma orang kecil, tak nak berlagak umpama hero untuk membetulkan keadaan. Namum aku percaya pada kata-kata bekas PM Kepimpinan Melalui Teladan. Kalau bos juga bersikap sedemikian, apatah lagi dengan orang-orang di bawah pentadbirannya. Tikus akan menari-nari mengikut rentak kucing..tanpa rasa gusar.

Namun aku percaya, kalau kau tahu apa hukumnya memonteng kerja, kau akan berusaha untuk mengelakkannya, kecualilah jika benar-benar terdesak. Takkan kau tak pernah bertanya pada diri sendiri, halalkan duit yang kau terima pada hari ini, sedangkan satu tugas pun tidak kau lakukan…….???? Aku tak menuduh sesiapa, tapi untuk ingatan diri sendiri. Aku sendiri pun insan yang lemah.

Aku amat berharap agar gejala ini akan mendapat perhatian pihak atasan. Mana mungkin dia orang membaca blog aku ini. Namum aku amat berharap agar ada pihak yang sealiran dengan aku, akan memakluman perkara ini. Nanti takderlah kedengaran “Aku nak pergi pekan J kejap nak shopping barang dapur”..u see..shopping barang dapur pun waktu kerja…bukan itu pekerja hampeh namanya!!!!!!

Tadi ada seorang kawan, tanya aku kerja tak on monday, kalau kerja punchkan untuk dia. Aku hanya menjawab:- ) ” sorry aku tak biasa buat kerja-kerja macam ni. Bukan sebab aku baik, tapi sebab kau sengaja nak datang lambat:-))

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *