BELAJAR SEMULA

Akhirnya tercapai juga impian untuk menyambung semula pengajian setelah 7 tahun menunggu. Mungkin agak terlewat, tapi semangat masih lagi membara. Bukan bertujuan untuk mengejar pangkat atau pun kenaikan. Gaji yang diterima sudah cukup untuk menampung kehidupan yang sederhana. Apa yang dicari adalah ilmu, dan kepuasan untuk diri sendiri. Bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Walaupun pada tahun ini banyak perkara yang terpaksa diuruskan, namum diharapkan dapat diuruskan dengan baik. Dipermudahkan allah dalam proses mencari ilmu.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *