Tepung Naik Lagi..Lepas Ni Apa Pulak???

Aku tak tahulah apa nak jadi dengan kepimpinan Kementerian Perdagangan dan Hal Ehwal Pengguna…tak boleh ker nak kawal harga barang….apa nak jadi dengan Malaysia sekaran ini…apa yang menyebabkan barang keperluan semakin naik???? Kenapa???

Adakah sebab orang-orang gomen naik gaji? Jadikan kenaikan gaji orang-orang gomen menjadi tanda aras barang-barang harus di naikkan….Apa citer ni????….Bukan orang gomen aja yang nak membeli…ramai lagi pengguna yang berpendapatan rendah dan miskin juga adalah pengguna dan pembeli.

Kawallah kenaikan harga…kesianlah pada masyarakat yang rata-ratanya masih ada yang miskin, kalau tepung pun naik..macamana dia orang nak buat cekodok untuk alas perut..sedangkan tepung adalah material termurah untuk di jadikan makanan ruji jika berlakunya kesesakan hidup…Bukan orang miskin sahaja…aku sendiri pun akan buat cekodok bila sen semakin menyusut..

Pak Menteri harap ambil perhatianlah tentang masalah-masalah begini…..tolonglah jangan naikkan harga barang…tiada gunanya negara kita maju..gah dengan pencapaian itu ini…tapi rakyat tertindas.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *