Cerita Jutawan Lagi!

Kenapa dua tiga hari ni aku teruja nak bercerita pasal jutawan lagi. Tak salahkan kiranya aku berkongsi cerita, apa yang aku rasa. Sebenarnya aku baru sahaja habis membaca buku Menjejaki Jutawan Senyap yang di tulis oleh Dr. Rusly Bin Abdullah. Aku benar-benar teruja dengan kisah yang di paparkan dan di samping tu menginsafi diri sendiri mengenai betapa kayanya negara kita ini. Di mana kekayaan yang ada itu diambil oleh orang lain yang nampak dengan peluang yang ada. Kita sebagai masyarakat bumiputra sama ada tak nampak ataupun sengaja buat tak nampak.

Melalui pembacaan ini aku dapat mengetahui sebenarnya betapa ramainya pendatang asing yang berada di negara kita ini menjadi jutawan. Sebagai contoh katakanlah namanya Suparjo yang berasal dari Jawa Barat. Datang ke Malaysia pada mulanya sebagai pendatang haram. Pekerjaan yang pertama adalah menjadi kuli kepada tokei goreng cakoi. Namum dia bernekad untuk mencari kekayaan di bumi Malaysia mendorangnya menghadiri kelas Keusahawan yang di kelolakan oleh Dr. Rusly. Selepas habis berkursus Suparjo berhenti kerja dengan tokei cakoi dan membuka perniagaannya sendiri. Disamping menjual cakoi dia jugak menjual air kacang soya. Kata Suparjo jualan cakoi dan airnya mampu mencecah RM 500 sehari. Bayangkan 30 hari dia akan dapat RM 15 000. Fuhhh lumayan tu. Tu belum masuk lagi jualannya di pasar malam 4 kali seminggu, sekali jualan akan dapat RM 400 x 4= RM 6400 sebulan. Hasil jualan keseluruhan sebulan RM 21400.00. Fuhhh..sungguh lumayan. Setahun RM 256,800. Cukup 5 tahun Suparjo dah jadi jutawan. Jadi tak malukah kita sebagai rakyat Malaysia merempat di negara sendiri. Tak malukah kita meminta-minta sedangkan badan kita sihat waafiat.

A ku percaya dan sangat-sangat percaya sekiranya masyarakat Melayu kita yang miskin sekarang ni, mengambil pendekatan berniaga kecil-kecilan, tak mustahil mereka boleh jadi jutawan. Jangan asyik nak harap cepat kaya, namun usahanya tiada. Bagi aku minda mereka ini harus dibuka, supaya kemiskinan tegar ini dapat dihapuskan sama sekali………Ingat..kita sudah 50 tahun merdeka….malu sehhh dekat orang indon, orang kemboja yang dulunya datang sebagai pendatang haram..tapi kini dah pakai BMW……jom pakat ramai-ramai….Be a Millionaire

This entry was posted in Jutawan Senyap, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *