Rahsia Jutawan Senyap

Semua orang nak jadi jutawan. Aku sendiri pun nak jadi jutawan, tapi bukanlah jutawan segera seperti kebanyakkan orang sekarang ni. Kalau mudah kita jadi jutawan, mudah jugak kita jadi menghabiskan duit tersebut dan akhirnya akan jadi muflis.

Untuk jadi jutawan tak semestinya kita membuka perniagaan yang besar! Selalunya jutawan senyap ni orang tak kenal pun, bukannya ada gelaran Dato. Tan Sri pun. Mereka ni macam orang biasa sahaja, tapi sebenarnya duit di dalam bank dah mencecah angka Juta.

Percaya atau tidak kalau aku katakan orang yang menjual air di tepi jalan tu mungkin seorang jutawan senyap..mak cik yang jual goreng pisang kat tepi simpang tu seorang jutawan, ataupun pak cik yang jual keropok lekur kat pasar malam tu adalah seorang jutawan. Kebanyakkan kita menganggap orang yang seperti di sebutkan diatas adalah orang kelas bawahan. Berniaga ditepi jalan adalah pilihan terakhir. Graduan menganggur pun malu nak berniaga macam ni. Namun berniaga kecil-kecillan macam nilah mampu menjadikan anda jutawan. Modal kecil tetapi untung besar.

Contoh paling mudah, berniaga air kacang soya, katalah modal hanya RM 30, jual air sebungkus RM 1 . Sehari 100 bungkus air laku, jadi tolak modal dan dapat RM 70 sehari. Sebulan keuntungan dah dapat RM 2100. Tu belum termasuk jualan sampingan seperti jajan dan goreng pisang. Ha..banyangkan pendapatan mereka.

Mereka ni cukup berhemah dalam perbelanjaan, tidak seperti usahawan koporat yang sentiasa ingin kehidupan mewah, tapi kehidupan mereka ini biasa sahaja.

Kat sini aku ambil contoh mak cik aku, berniaga kat warung sahaja,namun berkat kesabarannya dah mampu buat 3 buah rumah batu, beli kete walaupun tak mewah mana, tapi sudah cukup untuk membuat orang kampung memandang.

Jadi kesimpulannya kalau nak jadi jutawan yang paling penting adalah usaha, tak kira apa juga perniagaan yang kita buat yang penting adalah tekun. Pandai mengambil peluang, dan berusaha untuk mempelbagaikan perniagaan.

Aku memang berminat unuk berniaga, tapi buat masa ni masih belum bersedia untuk berhenti kerja, sebab masih ada komitmen yang perlu diselesaikan. Walaupun begitu aku dah mula berniaga kecil-kecilan iaitu menjual topup..hehehe..sesiapa yang berminat boleh melayari website ini :-http://www.myprepaidbisnes.blogspot.com

This entry was posted in Jutawan Senyap, Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *