Mencuba Peluang Tambah Pendapatan

Sebenarnya aku tengah mencuba peluang untuk menambah pendapatan.Cara pertama yang aku cuba adalah menjadi Agen Mymode. Jual prepaid secara sms pada student-student aku. Bisnes ni nampaknya berjalan lancar. Walaupun keuntungan tak banyak sangat..tapi bolehlah nak buat duit untuk sarapan pagi. Yang nyata tiap-tiap hari dapat duit, walaupun tak banyak.

Yang kedua entah macamana aku boleh terjebak dengan HYIP. Ni semua sebab tak pikir panjanglah ni. Ikut kawan-kawan. HYIP yang aku join adalah ABFUND. Kira masa ni tengah jahillah ni. Aku masuk dalam 100USD. Sebelum sampai 100 hari semuanya ok, tapi dah 100 hari ni macam-macam masalah pulak yang timbul. Duit tak boleh nak dikeluarkan. Tranfer kat bank di Malaysia pun pending jugak, so kalau tak betul-betul mahu hangus duit aku. Tapi alhamdulilah, duit aku dah pulang modal, dan invest pun tak banyak, kalau tak dah sengal-sengal lah jugak otak aku. Kalau orang banyak duit mungkin tak kisah, tapi orang sengkek macam aku ni…sengal-sengal otaklah nak pikirkannya.

Jadi pada pandangan aku tak usahlah join benda ni,sebabnya kita tak tahu daripada mana sumbernya duit tu,kedua ada ulama dah declare benda ni haram. So aku harap kalau nak main jugak, jangan pertikaikan hukum ,jangan kaitkan dengan tabung haji, asb,bank,atau agensi kewangan yang lain. Jangan sampai menghalalkan cara demi untuk duit. Yang banyak masuk ni aku tengok orang Melayu,banyak lagi pelaburan yang boleh diceburi,jangan terlalu taksub dengan duit. Kalau ada yang terbaca blog aku ni pikir-pikirkanlah.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *