Papa Selepas Raya

Biar papa raya setahun sekali

Itu yang selalu kita dengar terutama melibatkan kaum wanita. Lelaki juga tidak ketinggalan. Masa itulah nak tukar  kereta baru, motosikal baru..semua kalau boleh nak baru…..baru nampak gah…

Untuk jadi seorang yang bijak belanja, dan bercita-cita mahu menjadi bebas kewangan kita perlu bersederhana. Wanita yang bijaksana adalah wanita yang bersederhana. Jangan tergoda dengan simbol kekayaan palsu. Jadi jangan jadikan diri kita terperangkap dengan simbol kekayaan..seperti jenama, tidak kira jenama kereta, beg tangan..ramai yang sanggup membeli beg jenama tiruan semata-mata mahu nampak gah dimata orang lain. Tetapi jika sudah berkemampuan dan betul-betul kaya ianya tidak menjadi kesalahan…Saya juga berhajat begitu :-).

Berbelanjalah dengan berhemah, supaya tidak sengsara selepas raya. Jangan pula abis duit raya anak digunakan untuk menampung perbelanjaan harian sementara menunggu hari gaji.

Sebagaimana kata guru saya Tuan Shamsudin Kadir, diantara doa yang boleh diamalkan adalah..

Ya Allah! Biarlah aku nampak diriku KECIL sahaja, tetapi orang lain nampak aku BESAR. Amin

This entry was posted in Aku dapat pinda??La..la..la..la, Jutawan Senyap, Kewangan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *