Saya mana ada duit nak menyumbang dalam takaful! Nak makan pun terpaksa bercatu.
Itulah ayat biasa yang selalu kedengaran oleh saya sebagai Perunding Takaful. Ramai yang beranggapan bahawa takaful hanya untuk orang ada-ada atau lebih mudah lagi untuk orang kaya.
Tapi tahukan anda orang yang kaya raya itu juga menyumbang didalam takaful sebagai instrumen pemidahan risiko kewangan mereka. Jika berlaku sesuatu yang tidak diingini mereka ada Takaful sebagai backup pendapatan dan harta mereka. Sedangkan mereka mempunyai tabungan yang sudah pasti lebih banyak dari kita, namum tetap menyumbang didalam takaful.
Saya akan kongsikan satu tips mudah untuk anda yang sukar untuk menyumbang dalam takaful yang serendah RM 100:
- Sehari simpan RM 3.33
- Cara paling mudah adalalah dengan mengurangkan perbelanjaan harian, contoh jika belanja makan sehari RM15, kurangkan kepada RM 11 sehari..kalau saya biasanya saya cut untuk minum pagi dimana saya akan minum pagi dengan hidangan yang paling simple: Teh tarik + roti bakar + dua biji telur separuh masak.
Simpan setiap lebihan belanja setiap hari di dalam tabung yang telah dikhaskan untuk sumbangan takaful. Silap-silap hari jumlah terkumpul lebih dari RM 100..lebihan tersebut jangan guna tapi jadikan ianya sebagai tabungan.
Jika berminat untuk mendapatkan maklumat percuma tentang takaful dan sebagainya boleh hubungi saya di gn2_black@yahoo.co.uk atau tinggalkan komen untuk saya hubungi.