Tambahan elaun insentif hingga 15% bagi 32 jawatan kritikal

Tambahan elaun insentif hingga 15% bagi 32 jawatan kritikal

Oleh Habibah Omar

PUTRAJAYA 23 Mei – Sebanyak 32 jawatan di bawah Skim Perkhidmatan Kritikal layak menikmati tambahan elaun insentif berikutan kenaikan gaji yang diumumkan oleh kerajaan berkuat kuasa 1 Julai ini.

Ketua Komunikasi Korporat Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Hasniah Rashid berkata, tambahan elaun insentif antara lima dan 15 peratus itu dikira berdasarkan gaji pokok yang diterima setiap bulan.

‘‘Ia diberi kepada pegawai perkhidmatan awam yang layak sebagai penghargaan kerana mempunyai kemahiran dan kepakaran yang diperlukan,’’ katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini hari ini.

Hasniah berkata, antara jawatan di bawah Skim Perkhidmatan Kritikal ialah pegawai perubatan, jururawat, arkitek, jurutera, malim, pegawai laut, pensyarah perubatan, pegawai pergigian dan penolong jurutera laut.

Beliau berkata, yang lain ialah pegawai penyelidik, penjaga jentera elektrik, pegawai farmasi, pegawai ehwal ekonomi, pegawai perikanan (jurutera), pemeriksa kilang dan jentera serta tukang K2.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan kenaikan gaji semua kakitangan kerajaan antara 7.5 dan 35 peratus berkuat kuasa 1 Julai ini.

Anggota polis dan tentera mendapat kenaikan gaji lebih istimewa iaitu sembilan hingga 42 peratus, iaitu 20 peratus lebih tinggi daripada peratus kenaikan gaji kakitangan awam lain.

Turut dinaikkan ialah Elaun Kos Sara Hidup (COLA) sebanyak 100 peratus bagi menampung kos hidup kakitangan awam di bandar-bandar besar selain menaikkan pencen 557,033 pesara kerajaan.

Komen aku:-

Alhamdulilah bertambah lagi gaji untuk kumpulan aku,nampaknya macam ni kena kerja lebih kuat lagi..dont play2

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *