11 Hari Yang Berlalu

Sejak tahun baru sudah 11 hari aku tidak berkerja. Asalnya cuti hanya sehingga 6/1/09 tapi terus di sambung dengan mc selama 3 hari. Bukan MC beli tau :-P. Tapi MC sebab masalah lutut berulang kembali. MC pun bukanlah boleh nak rehat, sebab ada sahaja aral yang mendatang.9/1 anak sedara masuk ward dan terus operate bagi membuang kanser tiroidnya. Mahu tidak mahu di paksakan jugak diri untuk drive ker putrajaya untuk melawat dan mendapatkan info terkini. Alhamdulilah beliau selamat menjalani pembedahan. Ternyata beliau seorang yang kuat semangat. Terus sedarkan diri selepas pembedahan selesai. Kini hanya menanti rawatan susulan, katanya akan di buat di PMC. Kalau mengharapkan ubat dari hospital kerajaan sudah pasti terpaksa menunggu berbulan-bulan. Katanya terpaksa q, jadi kami mengambil keputusan untuk membuat rawatan susulan di PMC Ayer keroh sahaja. Walaupun mungkin perbelanjaan mencecah 6k, tapi akan diusahakan juga.
10/1 pagi-pagi lagi telah mendapat panggilan dari sepupu (along), mengatakan acik masuk hospital kuala pilah kerana pengsan. Mesti disebabkan bacaan gula yang rendah membuatkan acik pengsan. Bila di beritahu begini memang tidak patut kalau tidak pergi melawat. Digagahkan jugak diri, walaupun badan sendiri dah rasa seram sejuk. Dah mula bersin-bersin. Alhamdulilah acik tak teruk mana.Mungkin esok dah boleh keluar wad.
Petangnya bila sampi di rumah,hidung sudah mula berhingus, macam budak-budak rasanya. Telan ubat selsema, tidur lena sampai ke pagi.
Hari ni nampaknya semakin parah, tapi esok mesti datang kerja juga. Sudah terlalu lama berehat, nanti di kata orang sengaja beli MC pula. Macamana pun 14/1 nanti ada temujanji dengan doktor pakar, yang tu nanti mungkin minta MC. Ialah nanti kalau lebih 2 jam keluar pejabat, orang kata ponteng pula. Jadi lebih baik kalau doktor beri MC sahaja 😛

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *