Syukran

Alhamdulilah. Itulah yang mampu di ucapkan. Syukur kepada allah kerana telah memakbulkan doa saya selama ini. Saya berdoa agar lulus di dalam peperiksaan tersebut. Alhamdulilah allah makbulkan. Maklumlah sudah kali ke lima mengulangi peperiksaaan berkenaan. Telah muncul perasaan putus asa. Namun cepat-cepat di buang perasaan itu. Tetap juga mengambil peperiksaan tersebut pada bulan oktober yang lalu walaupun ketika itu dihambat oleh kesibukkan tugas dan juga lain-lain hal yang menyesakan jiwa.

Benarlah kata orang tua-tua, jangan mudah putus asa. Berusahalah, kerana usaha itu tangga kejayaan. Iringilah usaha itu dengan doa dan tawakal.Insya allah, allah akan bermudahkan urusan kita.

Ya..allah aku berdoa padamu, permudahkanlah perjalanan hidupku. Tetapkanlah jiwaku dalam beriman padamu.Permudahkanlah rezekiku, peliharalah hidupku dan keluargaku pada landasan yang benar.Berikanlah kami kesihatan yang baik, rezeki yang murah dan jadikanlah kami orang-orang yang sabar dalam menempuh kehidupan ini. Amin.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *