Beres

Alhamdulilah semua kerja dalam di selesaikan sebelum hujung tahun yang bakal menutupkan tirainya.Peperiksaan akhir untuk diri sendiri telah pun berakhir minggu lepas. Kertas peperiksaan pelajar dan markah telah pun siap di isi. Yang tinggal hanya tandatangan untuk pengesahan keputusan, tapi itu bukan kojo ese :-P..itu kerja dewa-dewa. Kerja ese telah pun selesai di sini.

Jadi sekarang ni adalah masa untuk meyantaikan diri.Surfing internet, membaca novel-novel yang tidak sempat di baca, so untuk itu, borang cuti telah pun di isi. Tak ada rancangan bercuti sebenarnya, tapi rasanya minda memerlukan rehat yang cukup. Dan terlalu penat badan dan otak ini sebenarnya. Teringin untuk menyantaikan diri di pantai sambil melihat matahari terbenam..ahakss..ada sesiapa yang nak jadi peneman aku 😀

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *