Masih Mood Hari Raya

Hari pertama bertugas, masih di dalam mood hari raya. Jadi buat pembaca yang singgah di sini, saya mengambik kesempatan ini untu mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin.

Raya yang ketiga memang amat bermakna pada kami sekeluarga. Kakak yang dah hampir 8 tahun yang merajuk akhirnya dibukakan hati oleh Allah untuk pulang berhari raya. Bukannya duduk jauh pun, tak sampai pun 10minit berkereta. Alhamdulilah, akhirnya pujukkan saya berjaya melembutkan hatinya. Ayatnya mudah sahaja :” Kita ni dah tua, mak pun dah tua, umur kita tak tahu, entah aku, kau atau mak yang pergi dulu. Kalau kau sayangkan mak, kau baliklah, tapi kalau tak, terpulanglah. Jangan nanti bila mak dah takder kau melolong nak balik”.

Macam jejak kasih pulak rasanya. Apa pun syukur segala kekustan telah pun selesai. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bertaup jua, air di cincang tak akan putus. Kita bina buku baru.