Keadaan alam melayu ini telah banyak berubah. Berubah dek kerana benda hitam yang terdapat di dasar laut. Bila ia melonjak naik, maka pihak memanda menteri telah menghapuskan kemudahan yang telah diterima oleh sekelian rakyat. Maka bertempikanlah hamba rakyat di pelusuk negeri, cuba menbantah apa yang telah berlaku. Tapi sedikit pun tidak mengentarkan memanda menteri dan sekelian menteri-menterinya.

Di laungkan pula langkah berjimat cermat, apa lagi yang hamba rakyat yang hina dina ini hendak jimatkan, kalau yang ada pun hanya cukup sekadarnya. Umpama kais pagi makan pagi. Bangsa peribumi yang miskin akan bertambahlah miskinnya, dan yang kaya tetap gagah memandu mesin yang mempunyai empah roda itu. Semakin gahlah ianya di persada lebuh raya.

About The Author