Sahabat

Semuanya bermula dengan niat untuk berbahagi dengan kanak-kanak di Acheh. Menghubungi dia untuk menyumbangkan sumbangan yang tidak seberapa. Mudahan-mudahan diterima Allah. Dengan muka tidak malu terus berhubungan, agar siratulrahim tidak terputus.

Saya mengikuti setiap penulisannya, pasti diselitkan dengan ayat-ayat Allah yang sangat signifikan. Saya sangat terkesan, jiwa saya bergetar. Saya mengaguminya dengan menjadikan Al-Quran sebagai sahabatnya. Katanya nanti dia akan sepi dan sendiri jika tidak membaca Al-Quran.

Saya mula membaca terjemahan asbab dari penulisannya. Saya juga mahu sepertinya, menjadikan Al-Quran sebagai sahabat. Ternyata saya berjinak-jinak walaupun terpaksa merangkak. Buat pertama kalinya saya menyudahkan Al-Mulk sebelum tidur. Dan saya dapat lena yang dalam malam itu. Allahuakbar! Nikmat mana yang ingin saya dustakan!

Terima kasih kanda! Terima kasih atas masanya! Terima kasih kerana melayan dinda yang mengada-ngada ini.

 

 

About The Author