Kecukupan

Allah memberikan kekayaan dan kecukupan. Saya yang sering berkira-kira dalam memberi sebelum ini, menunduk malu, saya malunya saya. Sepatutnya tidak perlu ada rasa gentar dan takut, kerna dia yang akan mencukupkan!

Bersyukur

Terima kasih yang Allah, atas rezeki dan nikmat yang telah engkau kurniakan.Malunya saya selama ini kerana sering berkeluh kesah, mudah-mudahan Allah mengampunkan kelalaian saya. Alhamdulilah syukur atas segalanya.

Berat badan

Ia memakan masa yang panjang. Bertahun-tahun untuk menurunkan berat badan sehingga sampai ke tahap ideal. Ia bukan usaha yang mudah. Semuanya bermula dari diri sendiri. Nekad, usaha dan sabar. Insya allah berjaya. Kasihani badan kita, berusaha untuk sihat itu wajib.

Harta

Ya Allah sesungguhnya saya berlindung padamu dari ketamakkan harta benda ini. Jadikanlah saya orang yang bersyukur dan mudah berbahagi. Jangan uji saya dengan sifat tamak dan haloba, sesungguhnya apa telah engkau berikan pada saya adalah pemberian yang secukupnya.